pesanan!!!



salam... pertama sekali, selamat bercuti buat semua batch 7.. macam biasa bila cuti mesti ada pesanan... jangan lupa utk tutup aurat antum semua, jaga pergaulan... krn ALLAH itu maha melihat dan DIA ada dimana-mana sahaja ...

seruan kpd semua batch 7, agar dpt pergi ke PINTAR 3 ... bagi yang menaiki bas sekolah utk ke PINTAR3... sila bayar sbnyk RM 10 sbg bayaran tambang!!

cuti2 jugak yerr homework ttp homework!! dengar2 latihan sukan akan bermula slps buka sklh ni.. best nyer.. wau!! hehehe...

* * *
Insya-Allah pd 17 dan 18 FEBRUARI 2010 ada satu pogram buat banat form 1 dan 2 yang semestinya WAJIB!! Program tersebut ialah program MaUTaDi (Manisnya Ukhuwwah Tarbiyyah Diserap) yg diconduct oleh barisan ajk2 drpd form 4 sendiri iaitu :
  • PENAUNG: Muallimah Ainon
  • GURU PENASIHAT: Muallimah Norihan
  • PENGARAH: Afif Aliyana (MPP)
  • S/U: Wafaa'
  • BENDAHARI: Syaza Nadiah
  • AJK:-
  1. PROGRAM: Marsha
  2. TEMPAT & KEBERSIHAN: Robiatul Adawiyah
  3. MAKANAN: Nurhaziqah
  4. PERALATAN & KESELAMATAN: Mardhiyyah
  5. DISIPLIN: Siti Fatimah
***DOAKAN KEJAYAAN KAMI DALAM BERPROGRAM!! MOGA2 MATLAMAT DAPAT DICAPAI... ameen!! Ingin ditekankan di sini, kami ingin melahirkan kualiti bukannya kuantiti!! Insya-Allah moga2 mendapat keberkatan! Terima kasih juga buat 'MUMMY ANN' krn sudi bersama kami mndgr idea2 drpd kami, meluangkan masa utk kami semata2 utk program ini.

26 Safar 1431 H

Satu Perkongsian Ilmu buat semua...


Assalamualaikum wbt... semoga seluruh batch kita sentiasa diberkati dan berada dalam rahmat dan keampunannya... Di sini, suka untuk ana kongsikan sedikit ilmu yg telah dipetik dari seorang bapa .. moga dapat kita ajar kawan2 yg x faham mengenai konsep fizik ini terutamanya bagi yang ambil sains tulen ; fizik....

walaupun ramai yang dah faham bab macam mana nak tukar ms-1 @ m/s kepada km/h @ kmh-1 ... yang biasa muallim ajar ialah cara yang agak sukar sedikit dan mungkin susah nak praktikkan... apa kata kalau kita cuba pula cara yang lebih senang untuk tukar kuantiti tu..

cuma tekan gambar di bawah untuk mengetahui step2 berikut...


semoga kita semua dapat ambil manfaat daripada step2 tersebut... kalau masih lagi blurr atau masih x faham, bolehlah tanya direct kepada muallim ataupun banin2... jangan rasa malu2 untuk nak dapat ilmu.. dan bila dah dapat ilmu tu, sama2 lah kita sebarkannya... Wallahua'lam... Wassalam...

23 Safar 1431 H

Slide Seerah


Dapatkan slide Khalifah Abu Bakar As-Siddiq.
Dan Khalifah Umar Al-Khattab.

23 Safar 1431 H

j0m hapuskan a$obiyyah !!


SALAM ... insyaAllah kali ni batch 7 ingin cerita tntg as0biyyah yang semakin menular!!jadi,diharapkan agar semua dpt m'buang perasaan as0biyyah ini krn ia mrpkn slah satu sifat jahiliyyah dulu2...

ASABIAH MENURUT AL-QURAN

Asabiyah merujuk kepada sikap fanatik kepada sesuatu puak atau bangsa secara melampau sehingga menjangkau batasan pemikiran yang waras dan batasan agama. Sikap fanatik kepada bangsa atau puak yang merupakan fitrah semulajadi manusia sebenarnya sudah wujud bersama kewujudan manusia di bumi ini. Sebelum kedatangan Islam, umat manusia berada di dalam keadaan berpecah-belah dan hanya terikat di antara mereka dengan semangat kesukuan, kepuakan atau asabiyah. Perkauman itu pula terbahagi kepada beberapa fahaman etnik, puak dan juga kabilah seperti Aus dan Khazraj di Madinah, Bani ‘Adnan dan Bani Qahtan di Semenanjung Tanah Arab, golongan Asyuriyyin di Iraq dan Lubnan dan bangsa Barbar di Maghribi.


FIRMAN ALLAH S.W.T

“Dan berpeganglah kamu semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (pada masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”
(Ali-‘Imran[3:103])
A$0BIYYAH IS DANGER!!!

1-Memecahbelahkan kesatuan umat Islam dengan kewujudan sempadan negara. Usaha pemecahan sempadan negara-negara umat Islam yang telah dilakukan pihak penjajah telah melahirkan generasi yang fanatik dengan negara sendiri dan mengabaikan kebajikan umat Islam yang tertindas. Fenomenan ini dapat dilihat di dalam krisis kemanusiaan di Palestin.

2-Kemunculan hadith-hadith palsu. Pihak yang fanatik dengan bangsa atau puak mereka akan berusaha untuk mereka hadith palsu menguatkan kumpulan mereka. Fenomena ini mulai berleluasa sebaik sahaja terjadinya fitnah di akhir masa khalifah Uthman di mana umat Islam pada waktu itu telah berpecah menjadi beberapa golongan seperti Syiah, Khawarij dan sebagainya. Selain itu sikap fanatik kepada mazhab juga mendorong mereka mencipta hadith palsu seperti hadith;

a) Akan ada seorang lelaki pada ummatku berna Abu Hanifah al-Nu’man bin Thabit, dialah pelita ummatku, Akan ada seorang lelaki pada ummatku bernama Muhammad bin Idris, dia lebih merbahaya atas ummatku dari iblis.

b) Barangsiapa ingin melihat kepada Adam tentang ketinggian ilmunya dan kepada Nuh tentang takwanya dan baktinya dan kepada Ibrahim tentang kebaikan hatinya, dan kepada Musa tentang kehebatannya kepada Isa tentang ibadatnya maka hendaklah ia lihat kepada Ali (golongan Syiah).

3- Boleh menumpahkan darah umat Islam sebagaimana peristiwa perselisihan di antara orang-orang Ansar yang dihasut oleh Syasy bin Qays al-Yahudi tentang permusuhan suku Aws dan Khazraj di dalam peperangan Buath. Hasutan itu membawa kepada penurunanan ayat Ali ‘Imran [3:99-103].

4-Menyebabkan kejumudan pemikiran sebagaimana Firman Allah;

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(al-Nisa’[4.135])

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan
(al-Ma’idah[5:8]).

5- Boleh menjebakkan pelakunya kepada budaya jahiliah sebagaimana sabda nabi s.a.w;

“ Barangsiapa yang berjuang di bawah panji-panji emosi, menjadi marah karena sikap berat sebelah (’asabiyah), atau menyeru ke arah ‘asabiyah, atau mendukungnya dan kemudian meninggal, maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah.”
(Sahih Muslim)


20 Safar 1431 H:bee:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 20009-2012 Seventh Generation: February 2010
Design by aisyah ameelah ghariib