Hanya Untuk Gaza


*Do'a kami takkan putus buat para mujahid dan mujahidah di sana!


Perkembangan terkini flotila Lifeline4Gaza

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal "Mavi Marmara". Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860(2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain

  • menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,

  • menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,

  • menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan

  • mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma. Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan- sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuh an bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia


Doa takkan putus untuk mu saudara kami di sana! Semua diseru membaca qunut nazilah! Baca sini untuk keterangan lanjut tentang qunut nazilah.

"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"
LifeLine4Gaza
HALUAN Palestin
GazaFreedom
http://www.facebook.com/video/video.php?v=121189181250814

17 Jamadil Akhir 1431 H

chemistry! -converting mass to mole


Mass to Mole Conversions

The mass of a substance can be found using a balance. If you know the molar mass of the substance, then you can convert the mass to a mole amount. Here's an example...

Let's say you want to determine the number of moles in a 56.83 g piece of aluminum.
To solve this problem, you can apply a simple formula, , where n is the number of moles, m is the mass, and M is the molar mass.
You can find the molar mass of aluminum in a periodic table and substitute it into the mole formula along with the given mass.






converting given mass to moles

Example 1

Diamonds are pure carbon. Calculate the number of moles of carbon atoms in a 1.52 g diamond.

Answer :

List the given mass:
m = 1.52 g


Look up the molar mass of carbon:
M = 12.01 g/mol


Apply the mole formula to calculate the number of moles of carbon:
n = ? mol




Communicate the answer:

A 1.52 g diamond contains 0.127 mol of carbon atoms.



Example 2


Calculate the number of moles in a 48.12 g sample of cerium nitrate, Ce(NO3)3?


Answer :

List the given mass:


m = 48.12 g


Calculate the molar mass of cerium nitrate:







Apply the mole formula and round-off the answer:




Communicate the answer:

The number of moles in the sample is 0.1475 mol.

p/s: sbrang teguran membantu.terutamanya dri muallim chemi kita..~^^

Enam Kemungkinan bagi Konvoi ke Gaza


Baru-baru ini, ana dapat email daripada abang ana berkenaan misi konvoi ke Gaza..

Posted by hasbui on 16 May 2010
Enam Kemungkinan bagi Konvoi ke Gaza

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Ketua misi konvoi Malaysia yang akan menyertai konvoi kapal ke Gaza, Sdr Noorazman Mohd Samsuddin, menyenaraikan enam kemungkinan yang bakal dihadapi oleh konvoi apabila berdepan dengan kapal perang Israel.

Kemungkinan pertama ialah semua kapal dan anggota konvoi dibenarkan berlabuh di Gaza tanpa apa-apa halangan. Kebarangkalian untuk senario ini berlaku adalah sangat tipis.

Kemungkinan kedua, konvoi akan disekat dan ditahan di tengah-tengah Laut Mediterranean untuk satu jangkamasa yang panjang. Israel juga mungkin akan menyerang pelabuhan Gaza untuk menghalang kapal-kapal daripada berlabuh.

Kemungkinanan ketiga, kapal-kapal konvoi akan dirampas dan peserta-peserta ditangkap oleh pihak berkuasa Israel. Tindakan ini akan menyerlahkan lagi kekejaman rejim Israel dan akan mengundang lebih banyak simpati daripada warga dunia kepada perjuangan membebaskan Gaza dan Palestin.

Kemungkinan keempat, kapal perang Israel akan menembak dan melanggar kapal-kapal konvoi. Kebarangkalian untuk senario ini berlaku adalah rendah walaupun bukan mustahil. Ini kerana tindakan menembak dan melanggar kapal-kapal konvoi adalah seumpama pengisytiharan perang Israel terhadap seluruh dunia.

Empat senario di atas adalah adalah senario yang disenaraikan oleh penganjur utama konvoi iaitu Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) yang berpengkalan di Turki.

Selain daripada empat senario di atas, Noorazman menyatakan terdapat dua lagi kemungkinan yang boleh berlaku, iaitu kemungkinan wujud unsur ‘duri dalam daging’ atau sabotaj dari dalam. Ini adalah ujian yang paling getir untuk konvoi. Oleh sebab itu para peserta konvoi disaring dan dipilih dengan teliti oleh IHH.

Senario terakhir yang mungkin berlaku ialah konvoi akan dipaksa untuk berlabuh di Ashdod, sebuah pelabuhan Israel. Barang-barang muatan akan diturunkan untuk diperiksa dan sekiranya pihak berkuasa Israel berpuas hati, mereka mungkin akan membenarkan kemasukan barang-barang ke Gaza melalui jalan darat. Perkara ini dilaporkan oleh Jurusalem Post yang memetik kenyataan seorang pegawai daripada Kementerian Pertahanan Israel awal bulan April yang lalu.

Sdr Noorazman menyeru seluruh rakyat Malaysia agar memperbanyakkan doa dan munajat. Beliau juga bagi pihak peserta-peserta konvoi dari Malaysia memohon kemaafan atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan.

“Sekiranya kami tidak pulang ke Malaysia, maafkanlah kesalahan kami, halalkanlah makan minum kami dan bantulah keluarga kami.” -ihhh

6 Jamadil Awal 1431 H

10 Pesanan Imam As-Syafie Yang Perlu Diikuti



Sebelum Imam Syafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

• Hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

• Hak kepada malaikat maut: mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH

• Hak kepada kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

• Hak kepada Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

• Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

• Hak kepada sirat (titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

• Hak kepada Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

• Hak kepada Ridhzuan (malaikat penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.

• Hak kepada Rasulullah s.a.w.: berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.

• Hak kepada ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

''Sentiasalah mengingati perkara yang akan memutuskan kamu dari kesenangan hidup...iaitu MATI''

Sama-samalah kita mengambil apa yang telah ditinggalkan oleh beliau untuk dijadikan sebagai renungan dan pengajaran serta iktibar...

4 Jamadil Akhir 1431 H

KerajaanSemut!


Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut…

Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan di dunia dahulu wahai
Gadis Semut?

Gadis Semut: Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.

Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? Soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.

Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.

Malaikat Pendakwa: Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga (bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain).

Malaikat Pendakwa: Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya)

Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.

Malaikat Pendakwa: Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga. (bentak Malaikat Pendakwa).

Malaikat Pendakwa: Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama? (tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.)

Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.

Malaikat Pendakwa: Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?

Ustaz dan Ustazah: Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.

Malaikat Pendakwa: Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?

Menteri Pendidikan: Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan. (terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut).

Malaikat Pendakwa: Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Malaikat Pendakwa.

Menteri Pendidikan: Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka).

Malaikat Pendakwa: Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!! Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.

Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!??

Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.

Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?

Menteri Besar: Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya. Lemah jawapan Menteri Besar tersebut.

Malaikat Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.

Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.

Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara. Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar. Jika ditafsir dengan lebih mendalam, kita bukan sahaja berdosa apabila mengangkat pen membuat pilihan yang salah, tapi turut dicampakkan ke dalam golongan yang sama apabila mempunyai kemampuan tetapi tidak mengangkat tangan untuk bertindak membantu golongan si Gadis Semut.

p/s: ingat..!di akhirat kelak, kita semua akan sentiasa mencari jalan melarikan diri daripada didakwa dengan kesalahan yg telah dilakukan di dunia hatta ibu bapa kita sekalipun mungkin akan didakwa oleh kita...~

sumber daripada www.iluvislam.com

30 Jamadil Awal 1431 H

IBU TERMUDA MELAHIRKAN ANAK


Ibu Termuda, Melahirkan di Usia 5 Tahun

Februari 9, 2009 - Zoe

Lina Medina

Lahir: 27 September 1933 (umur 76) Peru
Suami / Isteri: Raúl Jurado
Anak: Gerardo Medina / 14 Mei 1939-1979 (40 tahun) Lina Medina (lahir 27 September 1933; umur 75 tahun) adalah ibu yang termuda yang pernah hidup dalam sejarah perubatan, melahirkan dalam usia 5 tahun, 7 bulan dan 21 hari. Lina lahir dan mebesar di Peru dengan sihat, namun Lina dibawa ke rumah sakit oleh orang tuanya ketika berusia 5 tahun kerana tubuhnya yang terus membesar. Ibu bapanya menyangka Lina menghidapi tumor/pertumbuhan, namun doktornya mengatakan bahawa dia sedang hamil tujuh bulan. Dr. Gerardo Lozada akhirnya membawa Lina ke Lima, Peru, untuk pembedahan dan akhirnya dinyatakan bahwa Lina sedang mengandung. Satu setengah bulan kemudian, tarikh 14 Mei, 1939, dia melahirkan seorang anak lelaki melalui pembedahan kerana tulang kelangkangnya yang masih kecil. Pembedahan ini dilakukan oleh Dr. Lozada dan Dr. Busalleu, bersama-sama dengan Dr. Colretta yang menyiapkan anestesi. Berita ini dilaporkan secara penuh oleh Dr. Edmundo Escomel untuk La Presse Medicale, bersama dengan maklumat tambahan bahawa Lina telah mengalami menstruasi ketika berusia 8 bulan (atau 2 1 / 2 tahun menurut sumber-sumber lain), dan payudaranya telah berkembang sejak berumur 4 tahun sehingga dalam usia 5 tahun kelangkangannya telah melebar dan bertumbuhnya tulang.

Kehidupan anak lelakinya

Anak lelakinya memiliki berat 2.7 kg saat dilahirkan dan diberi nama Gerardo seperti nama doktornya. Gerardo menyangka bahawa Lina adalah kakaknya, tetapi ketika berusia 10 tahun barulah dia mengetahui Lina adalah ibunya. Gerardo telah membesar dengan sihat, namun pada tahun 1979 dia meninggal dalam usia 40 tahun kerana penyakit sumsum tulang.

Tindakan undang-undang

Tidak ada bukti bagaimana Lina boleh hamil, namun dia tetap tidak memberitahu siapa ayah dari Gerardo. Ayah Lina sempat ditahan dengan tuduhan memperkosa, namun akhirnya dilepaskankerana tiada sebarang bukti ditemui. Medina akhirnya berkahwin dengan Raúl Jurado, yang merupakan ayah kepada anak kedua mereka yang lahir pada tahun 1972. Mereka tinggal di perumahan kumuh di Chicago Chico ("Little Chicago"). DIa menolak pembicaraan dengan Reuters pada tahun 2002.

Pekerjaan

Saat remaja Lina bekerja sebagai setiausaha di klinik Dr. Gerardo Lozada di Lima, yang merupakan doktor yang bertanggungjawab membedahnya. Lozada menyekolahkannya, dan juga menolong anaknya Gerada bersekolah.

betul atau tidak adalah perkara yang kedua yang penting kita tahu keajaiban ALLAH ada dimana2 .berdoalah semoga kita ditambahkan lagi iman dgn peristiwa2 ini...ketahuilah ini adlh kisah yang sudah lama berlaku


dan kita tidak perlu mempercayainya bulat2

cukuplah kita mengambil pengajaran darinya agar dapat mndktkn diri kita kpd allah

dengan mengagumi setiap apa yang allah jdkan

percayalah disebalik semua itu ada hikmah yg tersembunyi....



29 Jamadil Awal 1431 H

Perhimpunan Perdana Palestin



Alhamdulillah, semalam, beberapa orang sahabat kita telah menghadiri Perhimpunan Perdana Palestin di Stadium Melawati Shah Alam. Mereka yang dimaksudkan ialah Irfan Bahrin, Munzir, Mohd Haniff, Nazifi, Ridwan Hanif, Asakir, Adli, Humaira', Syafawati dan Syaza.



Kami bertolak pada jam 1:00 petang dan tiba di stadium pada jam 6:00 petang. Lebih kurang pada jam 12:00 tengah malam, kami bertolak pulang ke Kemaman dan tiba di sini pada jam 6:00 pagi tadi.

Antara video perhimpunan ini:











25 Jamadil Awal 1431 H

the 99 StepS...


99 langkah menuju kesempurnaan Iman :

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan dengki dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu inginkan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan mencampurkan harta dengan harta yang haram;
17. Jangan menyakiti hati ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan menyakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri daripaDA dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak zikir dan doa kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan bersopan-santunlah dgn fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi fikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah guru dan ulama;
55. Sering berselawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti melakukan sesuatu yang tidak berguna;
61. Bergaullah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berdusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambillah pengajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuaidengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kejahatan;
99. Jangan berjaya atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 20009-2012 Seventh Generation: May 2010
Design by aisyah ameelah ghariib