Sajak: Perjuangan


11032011: 06041432: Kem PQS

Pada awal kemunculan Islam
Dirimu gigih berjuang
Menyebarkan dakwah yang suci
Debuk!
Darah pekat semakin menitis
Hampir memenuhi sepatu
Aduh...
Kesakitanmu itu
Hanya mampu membuatkan
Air mata mengalir
Meski kami tidak berada di situ
Namun yang pasti
Bumi thaif menjadi saksi

Bila dirimu menyeru umat
Berimanlah kepada Yang Satu
Berpeganglah kepada kitabku
Tapi,
Mereka menuduhmu
Gila dan ahli sihir mereka kenalimu
Namun dirimu Muhammad
Tetap bangkit berjuang
Untuk menyempurnakan risalah
sebagai utusanNYA

Itu perjuangan
Utusan terulung
Belasan abad
Kami jauh darimu

Dunia hari ini
Dikelilingi semacam kemungkaran
Mereka alpa dan lupa
Akan tugas sebenar mereka
Terangguk-angguk berkaki tari
Justeru kita,
Ayuh berpegang kepada dua perkara
Azizul kitabul Qur'an dan AsSunnah
Nescaya kita tidak akan sesat
Maka,
Perjuangan kita
Memimpin mereka ke arah utara
Dalam menuju keredhaan Allah

Oleh: Auni
Dibantu: Syaza, Mardhiyyah, Khadijah

11 Rabi'ul Akhir 1432 H

Pengumuman: Kem


Jumaat, 11 Mac 2011
Kem PQS
Sesi 1: 10:00 pagi - 12:00 tengah hari
Sesi 2: 2:30 petang - 4:30 petang

Sabtu, 12 Mac 2011
Kem Kimia dan Sains
8:00 pagi - 4:00 petang
*oleh guru pakar

*Maaf lambat post.
6 Rabi'ul Akhir 1432 H

Syafakillah!


Salah seorang daripada sahabat kita, Haziqah telah mengalami keretakan tulang pada buku lalinya. Kena masa buat latihan sukan, main bola jaring.

Mula-mula ingat terseliuh sahaja. Start masa rehat tengah hari, dia kata rasa sakit sangat kaki dia. Waktu kelas tambahan, muallim tak masuk. Duduk dekat luar, tengok orang main bola jaring. Dia pun duduk atas kerusi dekat luar. Dia kata sakit sangat. Kami buka stokinnya. Dah semakin membengkak! Rupa-rupanya, retak buku lali.

Sama-samalah kita mendoakannya. Syafakillah ya ukhti. Semoga cepat sembuh.


29 Rabi'ul Awal 1432 H
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Copyright © 20009-2012 Seventh Generation: March 2011
Design by aisyah ameelah ghariib