Celakalah bagi orang yang solat !


2 Rabi'ul Awal 1433 H

Celakalah bagi orang yang solat? Bukankah solat itu tiang agama? Bukankah solat itu wajib? Kenapa celaka pula bagi orang yang mendirikan solat, sepatutnya mereka mendapat pahala.

Hmm, pasti itulah soalan-soalan yang akan ditanya apabila kita mengatakan bahawa celakalah bagi orang yang solat. Bertenang semua, jangan kita fikir negatif. Solat memang tiang agama. Pernyataan ' Celakalah bagi orang yang solat ! ' itu bukanlah direka-reka.

Anda boleh membuka Al-Qur'an tafsir. Lihat surah yang ke-107, ayat 4. Benarkan? Allah sendiri mengatakan bahawa celakalah bagi orang yang solat. Jadi, janganlah kita terburu-buru membangkang apabila kita membaca sesuatu pernyataan. Baiklah, siapakah orang yang celaka itu?

Lihat ayat yang ke-5, '(iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya'. Salah seorang orang yang tergolong dalam golongan celaka itu ialah orang yang lalai dalam solat. Lalai dalam solat di sini membawa maksud orang yang sentiasa melambatkan solat.

Rasulullah pernah bersabda : ' Ini solat orang munafik. Ini solat orang munafik. Ini solat orang munafik. Dia duduk dan memerhatikan matahari sehingga berada di antara dua tanduk syaitan. Kemudian, dia solat empat rakaat dengan cepat dimana dia sangat sedikit ingat Allah.' ( Bukhari dan Muslim)

Solat yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis tersebut ialah solat 'Asr. Dapat dilihat dalam hadis tersebut, salah satu ciri-ciri orang munafik ialah melambatkan solat. Apabila kita solat di hujung waktu, pasti kita akan solat dengan tergopoh-gapah. Hal ini menyebabkan kita solat dengan tidak khusyuk.

Selain itu, lihat ayat yang ke-6, ' Yang berbuat riya '. Orang yang riya' juga tergolong dalam golongan orang yang celaka. Moga kita dijauhkan dari sifat riya'. Riya' merupakan syirik khafi iaitu syirik tersembunyi. Orang tak nampak. Allah nampak! Sebagai contoh, kita berada di masjid, untuk menunjukkan kita ini seorang yang rajin beribadah, kita memperbanyakkan solat. Kita melakukan sesuatu perkara hanya untuk dilihat dan dipuji oleh orang.

Jom kita lihat ayat yang terakhir surah ini, ' Dan enggan memberi bantuan.'

A : Nak pinjam pen boleh?
B : Ambillah.
A: Terima kasih..
B : Hmmm..., jangan guna banyak sangat, mahal tu..
A : ??

Apa andaian anda apabila membaca dialog di atas?? Mesti anda kata si A kedekut. Bagi pinjam pen pun berkira sangatkan?? Inilah yang dikatakan ' Celaka bagi orang yang solat'. Macam inilah sifat orang musyrik. Mereka sangat berkira dalam semua perkara, walaupun mengenai perkara kecil. Mereka ini tiada sifat pemurah.

Adakah kita ingin tergolong dalam golongan yang dikatakan di atas? Tepuk dada, tanya iman!

Tuntasnya, dapat kita dilihat bahawa secara tidak langsung, perkara-perkara di atas sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat zaman sekarang. Melalui solat, kita dapat mengetahui segalanya. So, jagalah solat kita. Janganlah kita tergolong dalam golongan tersebut.

p/s: Segala yang lebih datang dari Allah, segala yang kurang datang dari saya. ^_^

By: Nurhaziqah.Mz

Brotherhood a.k.a Ukhuwwah


1 Rabi'ul Awal 1433 H


Bismillahirrahmanirrahim.
Selalu juga ya kita dengar orang berceloteh mengenai brotherhood a.k.a ukhuwwah ..kan2 ?. tapi, kadang2 kita terfikir juga apa pentingnya ukhuwwah ni kan ? Hingga banyak sekali kalau kita perhatikan lagu2 islami berunsur ukhuwwah. IKRAM sendiri ada slogan tersendiri, " Ukhuwwah Teras Kegemilangan". Makanya di sini jelas terbukti ukhuwwah itu penting.


Sila baca hingga habis kerana anda akan dapat :
1) Memahami apa itu ukhuwwah di akhir pembacaan.
3) Memahami kepentingan ukhuwwah hinggakan hal ini menjadi teras kegemilangan. :)
2) Mendapat ganjaran pahala yang besar jika anda beramal dengan ilmu ini.
4) Tahu beberapa lagu yang famous mengatakan mengenai ukhuwwah.
5) Mendapat ganjaran pahala kerana mampu melawan hawa nafsu dan syaitan yang dari tadi asyik berbisik dan menghasut anda supaya jangan membaca post ini sehingga habis. (Please !, tolong jangan bagi syaitan menang)


Selamat Membaca sehingga habis. :D


Memelihara ukhuwah lebih sukar daripada membinanya. Setiap ukhuwah yang dibina atas dasar iman akan sentiasa diuji. Syaitan akan sentiasa mencari pintu-pintu yang boleh merosakkan ukhuwah yang terbina setiap masa saban waktu. Bahkan, pasal coklat sebiji pun ukhuwwah boleh tergugat gara2 kerja si setan ni. Buruk sangka, sukar memaafkan kesalahan orang lain, sifat dendam, sifat dengki dan sebagainya adalah gejala-gejala kerosakan ukhuwah yang begitu mudah berlaku apabila noktah bidayah atau starting point bagi ukhuwah itu tidak benar-benar dibina di atas dasar iman yang betul dan mendalam. Contohnya, berkukhuwwah bukan kerana Iman atau dengan kata lain berukhuwwah kerana sesuatu yang lain e.t.c perkara duniawi. "Kemanisan ukhuwah itu adalah dengan memberi bukan dengan menerima". Itulah ungkapan yang sering digunakan apabila orang alim ditanya tentang ukhuwah.


"Ukhuwah adalah natijah dari keimanan yang benar dan hidup" Itulah ungkapan kedua yang sering saya gandingkan dengan ungkapan yang pertama tadi.


Bagi seseorang yang benar-benar beriman dan meyakini janji-janji Allah (Ganjaran untuk yang memaafkan tanpa diminta, berbaik sangka dan mendahului sahabatnya melebihi diri sendiri [Ithar a.k.a altruisme]dan sebagainya) akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk meraih janji-janji itu. Hatinya sentiasa sibuk mencari alasan untuk memaafkan saudaranya, sibuk berbaik sangka dan mencari peluang untuk mengutamakan sahabatnya melebihi dirinya sendiri.


Maknanya, bila ukhuwwah itu OSEM, tentu sekali kita akan bersifat altruisme (Revision BM : Altruisme = Ithar) dengan mengutamakan kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri. Nah, kita tengok contoh famous tiga orang sahabat Rasulullah yang saling menolak untuk minum air supaya sahabatnya dapat minum air itu walaupun masing2 dalam keadaan yang sangat sangat sangat genting. Akhirnya, ketiga-tiganya sekali telah mati syahid. Pasal nama sahabat itu, banyak sangat riwayat. Tapi boleh saja kita yakini ceritanya.


Cop ! rehat dulu mindanya, dengar dulu selingan ini. :D
(lagu favorite fasi2 KBM, pelopor utama : Abang Aliff Afiq, KIST Kuala Berang)




Di sebalik segala pengorbanan tu, agaknya apa yang mereka harapkan ye ? Tidak lain tidak bukan tentulah syurga dan keredhaan Allah SWT. Mereka tidak mengharapkan ucapan terima kasih apatah lagi balasan. Apalah sangat ucapan terima kasih tu nak bandingkan dengan Mardhatillah. :) Keyakinan dan keimanannya menjadikan jiwanya dirasuk ukhuwah dan kebaikan hingga hilang sifat ananiyyah (pentingkan diri sendiri). Mereka menjadi pemburu syurga sehingga menjadikan Ithar sebagai tunggangannya. Hatinya tertambat di Akhirat sedangkan jiwanya telah terpikat dan tergila-gilakan keredhaan Allah. Setiap kebaikannya ditaburi bunga-bunga ikhlas dan cinta. Setiap kecaman dan fitnah yang lemparkan padanya ditadah dengan dulang pasrah dan redha.
Ketika dihulurkan hadiah untuk mengubati luka-luka persahabatan lalu hadiah itu diterima tanpa terima kasih atau dilempar dengan kebencian ... hatinya pasrah penuh keimanan hinggakan semua itu tidak menggugat dan mencalarkan pengharapannya pada Allah SWT. Keteguhan Iman inilah yang menjadikan jiwanya gagah mendaki puncak ukhuwah hingga memperolehi buah-buah Itsar. Lalu dengan buah-buah itsar inilah dibalas setiap lemparan kebencian dan dengki yang diterimanya hingga meruntuhkan tembok-tembok keegoan yang menghalang untuk tumbuhnya cinta dan persahabatan kerana Allah. Itsar ini akan mampu melembutkan hati-hati yang keras, juga menjinakkan jiwa-jiwa yang liar serta memadamkan api-api permusuhan dan dendam lalu dengan izin Allah SWT hati-hati manusia menjadi bersatu diatas Cinta dan Iman. Tidak perlu lagi kita meliarkan pandangan kesekeliling kita untuk mencari ukhuwah, tundukkanlah jiwa kita dan pandanglah sedalam-dalamnya kelubuk hati kita...adakah kita menemui ukhuwah? Di situlah tempat ia bersemayam. Bukan pada senyuman teman atau kekasaran kawan juga bukan pada penghargaan dan kebencian sahabat taulan.
Sebagaimana selalu kita dengar hadith yang berbunyi, tidak beriman seseorang antara kalian sehingga mereka mengasihi saudara mereka sama seperti mereka mengasihi dirinya sendiri." Muttafaqun Alaih(revision PQS : dipersetujui oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

hah, sebelum tutup, mari kita hayati lagu ini pula. :D


Harap segala kelemahan dan kekurangan dapat dimaafkan. Kalau ayat tu macam keling sikit minta maaf sebab post ini diolah daripada bahasa Indonesia, ditambah dan diolah kembali dalam bahasa Malaysia. Sekian Wassalam.

By : -|SyaheedViaMujaheed|- (sila tekan link ini dan tekan iklan2 di side blog. :D)

Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu


Assalamualaikum W.B.T.

Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiatri dan neurologi dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu'. Dia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan, bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada pada bahagian dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini dia menemui hikmah di sebalik wudhu' yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah dia mencadangkan agar wudhu' bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh dengan air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti manusia dapat memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Akhirnya, Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Hikmah Wudhu'

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu', seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu' dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu' memang bahagian anggota yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul pada bahagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu' ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.

Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu' disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu' mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Terdapat dalam kalangan ulama yang melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).

Wudhu' dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhu'nya.

Yang paling penting dari wudhu' ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.

Wudhu' sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak imej wudhu'. Dosa dan kemaksiatan bercanggah dengan wudhu'.

Cara Wudhu' Rasulullah SAW

Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wudu'." [Muslim]

Huraian

Wudhu' yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wudhu' itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah.

Wallahu’alam…


17 Safar 1433 H
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Copyright © 20009-2012 Seventh Generation: January 2012
Design by aisyah ameelah ghariib