kematian ..


salam...

kali ana ingin berkongsi video mengenai kematian..

first... mati dlm keadaan solat




second...mati dlm keadaan kemalangan




third,mati ketika main bola sepak




JADI,MUHASABAHLAH DIRI KERANA KEMATIAN ITU TIDAK MENGIRA UMUR,JANTINA,TEMPAT,JAWATAN ... apabila tetap ajal kita maka disitulah kita akan kembali kpd Allah ... dan redha dgn kehendakNYA..

16 Jamadil Awal 1431H

KeSalahan Menutup Aurat..



KESALAHAN
PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)


HIJRAH ATAU KALAH


Saidina Umar memilih hijrah sebagi detik brmulanya kalendar islam sebagai mercu bermulanya kemenangan Islam. Agar setiapkali menyambut tahun baru umat Islam akan mengimbau detik itu sebagai aspirasi mencipta kemenangan baru....

mari hayati bersama sajak ini :
HIJRAH KEKASIH
Kesetiaan Abu Bakar teman sepanjang jalan
Keberanian Ali menggamit maut di hujung selimut
ketabahan Asma' srikandi perancang bekal musafr
Setia, berani dan tabah terserlah
Dalam hijrah Rasullulah....kerana ALLAH
Ke Kota Madinah
Di Gua Thur jaring lelabah mengukir keliru
Merpati pun bersarang rendah mghibur gundah
Bisa ular di kaki Abu Bakar menjadi penawar
Angin malam dan ribut pasir pun reda seketika
Tentera Tuhan.......akur setia
Suara alam.....sunyi seketika
Pada 2 kekasihnya di dalam gua
Di Madinah suara rindu syahdu mendayu
Hari syukur, tafakur atas nikmat dan rahmat
marhaban...marhaban...marhaban
meriah kedengaran
Al-qaswa dibiarkan memilih persinggahan
Di depan rumah Abu Ayyub akhirnya
bertamulah keberkatan....
Dibina masjid telapak semadi ketulusan hati
Dengan Ilahi......
Sesama insani.....
Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan
Aus dan Khazraj diserasikan
Perisai ummah benteng kekuatan
Itulah keindahan sebuah hijrah
Yang bertintakan kesusahan
berdakwat ketabahan
Itulah hijrah kekasih ALLAH
Berasaskan iman bertunjangkan ukhuwah
Menara Islam terjulang.....di Madinah Munawwarah

Oleh itu, berubahlah kita daripada yang baik kepada yang lebih baik dan membawa perubahan dalam kehidupan...... UNTUKMU, UNTUKKU, UNTUK BATCH 7, DEMI ISLAM!!!!



2 Jamadil Awal 1431 H

Selamat Sudah...


Alhamdulillah pada pagi semalam, 1 April 2010, Muallimah Azlinda telah selamat melahirkan seorang anak perempuan di Hospital Kemaman. Ana dapat berita ini daripada Muallimah Zuliana. Kemudian, akh Irfan ganti Muallimah Azlinda dan tugasnya untuk mengganti Muallimah Zikhaini sebelum ini, diserahkan kepada Kak Najihah. Maksudnya, dialah ajar chemistry form 4 nanti.

18 Rabi'ul Akhir 1431 H
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Copyright © 20009-2012 Seventh Generation: April 2010
Design by aisyah ameelah ghariib