SALAM ... insyaAllah kali ni batch 7 ingin cerita tntg as0biyyah yang semakin menular!!jadi,diharapkan agar semua dpt m'buang perasaan as0biyyah ini krn ia mrpkn slah satu sifat jahiliyyah dulu2...
ASABIAH MENURUT AL-QURAN
Asabiyah merujuk kepada sikap fanatik kepada sesuatu puak atau bangsa secara melampau sehingga menjangkau batasan pemikiran yang waras dan batasan agama. Sikap fanatik kepada bangsa atau puak yang merupakan fitrah semulajadi manusia sebenarnya sudah wujud bersama kewujudan manusia di bumi ini. Sebelum kedatangan Islam, umat manusia berada di dalam keadaan berpecah-belah dan hanya terikat di antara mereka dengan semangat kesukuan, kepuakan atau asabiyah. Perkauman itu pula terbahagi kepada beberapa fahaman etnik, puak dan juga kabilah seperti Aus dan Khazraj di Madinah, Bani ‘Adnan dan Bani Qahtan di Semenanjung Tanah Arab, golongan Asyuriyyin di Iraq dan Lubnan dan bangsa Barbar di Maghribi.
FIRMAN ALLAH S.W.T
“Dan berpeganglah kamu semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (pada masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”(Ali-‘Imran[3:103])
1-Memecahbelahkan kesatuan umat Islam dengan kewujudan sempadan negara. Usaha pemecahan sempadan negara-negara umat Islam yang telah dilakukan pihak penjajah telah melahirkan generasi yang fanatik dengan negara sendiri dan mengabaikan kebajikan umat Islam yang tertindas. Fenomenan ini dapat dilihat di dalam krisis kemanusiaan di Palestin.
2-Kemunculan hadith-hadith palsu. Pihak yang fanatik dengan bangsa atau puak mereka akan berusaha untuk mereka hadith palsu menguatkan kumpulan mereka. Fenomena ini mulai berleluasa sebaik sahaja terjadinya fitnah di akhir masa khalifah Uthman di mana umat Islam pada waktu itu telah berpecah menjadi beberapa golongan seperti Syiah, Khawarij dan sebagainya. Selain itu sikap fanatik kepada mazhab juga mendorong mereka mencipta hadith palsu seperti hadith;
a) Akan ada seorang lelaki pada ummatku berna Abu Hanifah al-Nu’man bin Thabit, dialah pelita ummatku, Akan ada seorang lelaki pada ummatku bernama Muhammad bin Idris, dia lebih merbahaya atas ummatku dari iblis.
b) Barangsiapa ingin melihat kepada Adam tentang ketinggian ilmunya dan kepada Nuh tentang takwanya dan baktinya dan kepada Ibrahim tentang kebaikan hatinya, dan kepada Musa tentang kehebatannya kepada Isa tentang ibadatnya maka hendaklah ia lihat kepada Ali (golongan Syiah).
3- Boleh menumpahkan darah umat Islam sebagaimana peristiwa perselisihan di antara orang-orang Ansar yang dihasut oleh Syasy bin Qays al-Yahudi tentang permusuhan suku Aws dan Khazraj di dalam peperangan Buath. Hasutan itu membawa kepada penurunanan ayat Ali ‘Imran [3:99-103].
4-Menyebabkan kejumudan pemikiran sebagaimana Firman Allah;
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.(al-Nisa’[4.135])
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan(al-Ma’idah[5:8]).
5- Boleh menjebakkan pelakunya kepada budaya jahiliah sebagaimana sabda nabi s.a.w;
“ Barangsiapa yang berjuang di bawah panji-panji emosi, menjadi marah karena sikap berat sebelah (’asabiyah), atau menyeru ke arah ‘asabiyah, atau mendukungnya dan kemudian meninggal, maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah.”(Sahih Muslim)
20 Safar 1431 H
say no to asobiYYah!!!
ReplyDelete