Kelas kami telah mengadakan sebuah program, "Nasaie Night Never Niggle" di sekolah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwwah, qiamullail dan menyambut birthday Mummy An.
- Pengarah: Syahiran
- T.Pengarah: Izzah Nasirah
- Bendahari: Syaza Nadiah
- Setiausaha: Nurasyikin
- Program: Abd Muqsit
- Makanan: Nurhaziqah
- Tempat dan Kebersihan: Izyan
- Peralatan dan Keselamatan: Hanifuddin
* * * * *
Selepas tamat sesi persekolahan adalah waktu prep untuk mereka yang tiada usrah. Buat preparation, persediaan. Waktu inilah Tasya hilang. Lebih kurang pukul 4 petang, banat start perap ayam dan bersihkan kerang. Punyalah fikir macam mana nak bagi senang putihkan kerang tersebut. Gonyoh punya lah gonyoh kerang satu-satu guna berus lambat. Akhirnya, banat gonyoh kerang-kerang tersebut atas jalan tar...tapi bersih...jangan bimbang, kami basuh balik lepas tuh. Banin pula pergi beli barang lain yang diperlukan. Namun begitu, mereka yang akan mengikuti kursus sarjan disuruh berlatih kawat oleh S.S.Khadijah.Segalanya bermula selepas Isya'...
Waktu solat Isya', banin start buat bara. Banat, ada yang buat air, rebus kerang dan bayar duit nasi goreng yang makcik hantar. Nak pecahkan ais sempat lagi buat iklan, "Ini lesung batu, siapa tak kenal?" Lepas Isya', baru bakar ayam, kerang dan sosej. Perhimpunan malam start lambat sikit sebab pentazkirah banat tak ada. Akhirnya kami buat keputusan untuk meneruskan sahaja program. Kata-kata aluan diberi oleh pengarah program dan diakhiri oleh ucapan bismillahirrahmaanirrahiim. Berhenti secara mengejut kata Marsha. Tazkirah yang disampaikan oleh Hanifuddin juga begitu dan pendek.
Marsha: Pihak banat ingin memohon maaf sebab tak dapat memberi tazkirah.
..............: Kenapa?
Marsha: Sebab tuannya takde. Seterusnya, ana menjemput artis 4 Nasaie untuk membuat persembahan.
Tiba-tiba Tasya datang. Muallimah An pun pergi kepadanya.
Tasya: Muallimah, ana minta maaf keluar asrama tanpa izin. (Jelasnya dgn penuh debaran, katanya, takut muallimah tengking dia).
Tapi, muallimah peluk dia.
M.An: Takpe, muallimah tahu awak ada masalah.
Tasya: (Yes, terpedaya) Muallimah, nah surat berhenti sekolah.
M.An: (terkejut lalu mengambil surat tersebut dan menuju ke arah kami).
Tiba-tiba,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Muallimah An,
Allah selamatkan kamu...
dari arah belakang..
Muallimah terkena lagi...lalu dicampaknya selipar ke arah Tasya. Terlompat-lompat dia mengelak. Muallimah Ainon pun turut dimarahinya kerana berkomplot dengan kami. Sebenarnya, Tasya duduk rumah Anis tadi dan 'surat berhenti sekolah' itu tertulisnya ucapan happy birthday. Potong kek dan seterusnya memberi ucapan. "Dahlah dengan Muallimah Ainon tu, memang jahatlah, lepas ni, ana akan berhati-hatilah."
Seterusnya, persembahan banin. Pasang lagu Wali Band, buat gaya, gerak mulut konon-kononnya diorang nyanyi. Masa ni banat sibuk cakap, "Mana kumpulan Wali Band banat hari tu? (sinetron)" Kemas-kemas. Kemudian ada sesi bergambar beramai-ramai. Banat dulu bergambar (ladies first). Banyak kali tangkap sebab banyak kamera...sampai ke tahap tak larat nak senyum...kebuntuan nak possing..hahaha.. Time banin bergambar bising sangat. Apalah happy sangat banin tu, esok boleh bangun qiam tak? Balik asrama, rebus 18 biji telur untuk esok, bersiap nak tidur kat bilik prep, pelajar asrama bagi pinjam bantal. Ada juga yang nak siapkan kerja sekolah/rumah, diorang duduk kat dapur.
Paginya, banat bangun lebih kurang pukul 4.25 pagi...awalnya. Kendiri, bersiap untuk qiamullail. Muallim Miqdad kejut banin nak dekat pukul 4.45 pagi kot. Buat qiamullail berjemaah. Sampai satu tahap tu, tak dengar suara imam, jadi, bukalah langsir. Tengok banin sikit je, mesti ada yang ponteng qiam ni.
Buat sarapan, roti telur hancur. Mula-mula, terlupa nak letak garam.
Banat1: Yang ni, bagi baninlah.
Banat2:Amboi, asal tak okey je, bagi banin. Kekgi, diorang kata banat 4 Nasaie dok pandai masak. Dahlah baru belajar BM semalam.
Tak cukup pulak telur. Ada lagi 5 buku roti. Rebus lagi 12 biji telur. Lepas Subuh, baru telur tu siap. Akhirnya lebih 2 buku roti. Masa nak pergi kelas, nak ambil baju sekolah, nampak banin ramai-ramai depan pintu kelas dengan tuala yang disangkut pada bahu mereka.
Banin: Tandas banin takde air. Boleh tak nak mandi kat tandas banat.
Banat: (ooo, patutlah) Jap, nak check dulu. Takut ada orang.
Lepas habis check tandas.
Banat: Gunalah tandas atas. Tandas bawah tak boleh sebab ada orang.
Disebabkan terlalu 'excited'? banin naik ikut tangga banat. Kami yang melihat kejadian tersebut, terkejut. "Biarlah, terlupa kot." Tengah kemas kelas, dengar banin nyanyi dekat tandas, bising-bising (macam jakun). Supaya banat yang lain tak masuk tandas tersebut agaknya (husnu zhon). Sarapan, banin makan nasi kerabu asrama banat (sebab banat asrama, ramai yang puasa).
Lepas perhimpunan, baca mathurat dan akhir sekali bergambar beramai-ramai. Banin dan banat. Biarlah tak berapa formal pun, asalkan ada gambar 4 Nasaie untuk diletakkan di dalam blog. Ramai yang tidur dalam kelas terutamanya waktu BM sebab muallimah tak masuk. Waktu Sejarah, Muallimah Zul sentiasa memanggil nama-nama mereka yang tidur. Akhirnya, mereka yang tidak berqiamullail kena denda, selawat 1000 kali.
Alhamdulillah, apa yang dapat dilihat daripada program ini ialah kerjasama antara banin dan banat. Namun begitu, ikhtilat masih terjaga. Itulah sedikit sebanyak yang boleh diperkatakan tentang program 4N.
Tidak lupa juga tahniah diucapkan untuk mereka yang telah lakukan yang terbaik untuk SPM tahun lepas, batch 5.
Baca selanjutnya Nasaie Night Never Niggle di sini dan sini.
Baca selanjutnya Result SPM...
26 Rabi'ul Awal 1431 H
Alhamdulillah...what an amazing program...fascinating...congratzz to all..
ReplyDeletebest ah program..x tipu..serious nie..hahaha
ReplyDelete