ADAT
- Puasa baru sahaja bermula tetapi hari raya pula yang diuar-uarkan sehingga suasana Ramadhan tenggelam dek promosi raya.
- Lebih kepada pengisian juadah berbuka seumpama pesta makanan.
- Pada awal Ramadhan, surau dan masjid penuh tetapi bilangan jemaah semakin berkurangan hari demi hari.
- Sibuk membuat persiapan hari raya dengan membeli belah dan membuat kuih raya pada akhir Ramadhan. Bunyi mercun dan percikan bunga api mengalahkan sambutan Tahun Baru Cina. Surau dan masjid semakin lengang.
- Syawal menjadi bulan merdeka daripada kekangan nafsu. Ada yang mengadakan pesta semahu-mahunya. Halal dan haram bercampur dek kemeriahan raya. Roh Ramadhan tenggelam dalam sekelip mata.
Puasa itu perisai dan sedekah itu memadamkan dosa sepertimana air memadamkan api.
(Al-Hadith)
IBADAT
- Mewujudkan suasana beribadah di bulan Ramadhan dengan pelbagai tawaran dari Allah.
- Lebih tertumpu kepada tarbiyyah ruhiyyah dengan melatih jiwa dan mendidik nafsu.
- Melaksanakan solat terawih dengan mengimarahkannya di surau dan masjid.
- Menyibukkan diri dengan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan bagi mencari Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
- Berasa sedih akan pemergian Ramadhan dan Syawal disambut sebagai tanda kemenangan mengekang hawa nafsu dan insan telah kembali kepada fitrah.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah dan amal ibadatnya dilipat gandakan."
Jadi, fikir-fikirkanlah, samada kita berpuasa sebagai satu ibadah atau hanyalah adat semata-mata...
sumber: ghariib.blogspot.com
26 Ramadhan 1431 H
0 comments:
Post a Comment