Apa kata mereka???
Situasi 1: PERCAYA ATAU TIDAK?!
Entah berapa puluh kali saya mahu katakan pada wanita. Jangan terlalu percayakan lelaki, terutamanya dalam Facebook ini. Banyak lelaki yang berlagak bagus, baik, ustaz dll tetapi hakikatnya mencari perempuan untuk memuaskan nafsunya. Guna topeng agama untuk kepentingan diri. HATI-HATI!
-Ini kata seorang lelaki bukan perempuan-
situasi 2: Kecantikan wanita sekadar cantik semata
Mekap ini sebenarnya memang menipu mata. Kepada lelaki, kalau mahu cari calon, jangan cari yang jenis bermekap-mekap. Sebab cantiknya tidak asli lagi. Tak percaya, lihat wajahnya saat baru bangun tidur....
Situasi 3: FAKTA!
Mangsa Facebook; seorang lelaki didakwa telah memperdaya 10 gadis sehingga ada yang dijadikan tempat memuaskan nafsu. Jadi, berhati-hatilah wahai gadis yang sayang diri. Hati-hati dengan ayat cinta lelaki terutamanya dalam FB!
Situasi 4: GAMBAR!
Sebenarnya nak jadi wanita solehah, tak perlu pun letak gambar besar-besar serta posing kamera dekat muka -sampai urat merah mata pun nampak-, dengan mata bermaskara hitam, berpurdah dll.
Hal yang kedua pulak, jangan suka-suka hati bagi gambar kita pada jantan-jantan/lelaki-lelaki yang kita tak kenal lagi hati budinya...Jangan suka-suka hati bagi gambar kita pada lelaki bukan mahram...Tambah-tambah lelaki tu tak pernah langsung luahkan untuk menjadikan kita isterinya...Ini boleh menjatuhkan maruah kepada kita sebagai muslimah....Ingat!
Situasi 5: Lelaki dan perempuan
Bila ditanya pada gadis yang berfoya-foya, "Bila mahu berubah? Bila mahu bertudung?" Jawabnya, "Ala, rileksla belum sampai seru lagi." Tanya kepada lelaki bermasalah, "Nanti tua gua insafla, muda mau enjoy dulu beb." Seru? Tua? Mahu tunggu seruan malaikat Izrail dulukah? Hakikatnya, mati tak mengenal tua atau muda.
Situasi 6: Wanita 'second hand'
'Bunga' kalau asyik disentuh orang, akhirnya akan layu juga. Janganlah biarkan tangan-tangan itu menyentuh sehingga ia layu sebelum masanya....
p/s: Jadi, beringatlah wahai kaum hawa....Kita ni kena jaga diri....Jangan rasa bangga sangat dengan kecantikan yang dimiliki....Itu semua pinjaman semata! Kalau Allah nak tarik balik bila-bila masa boleh jadi hodoh muka kita! Ingat, cantikkan diri kita dengan haruman akhlak, berbedakkan ilmu, berdandan dengan wudhuk dan tawadhuk....Itulah wanita muslimah solehah wa mujahidah! Tegaskan diri kalian! Jangan nampakkan diri anda lemah,manja menggedik di hadapan lelaki....Tolong ubah diri jadi seperti srikandi-srikandi Islam!!!!
Pesanan untuk diriku dan dirimu yang bergelar wanita.....
copy from ;
0 comments:
Post a Comment