Celakalah bagi orang yang solat !
2 Rabi'ul Awal 1433 H
Celakalah bagi orang yang solat? Bukankah solat itu tiang agama? Bukankah solat itu wajib? Kenapa celaka pula bagi orang yang mendirikan solat, sepatutnya mereka mendapat pahala.
Hmm, pasti itulah soalan-soalan yang akan ditanya apabila kita mengatakan bahawa celakalah bagi orang yang solat. Bertenang semua, jangan kita fikir negatif. Solat memang tiang agama. Pernyataan ' Celakalah bagi orang yang solat ! ' itu bukanlah direka-reka.
Anda boleh membuka Al-Qur'an tafsir. Lihat surah yang ke-107, ayat 4. Benarkan? Allah sendiri mengatakan bahawa celakalah bagi orang yang solat. Jadi, janganlah kita terburu-buru membangkang apabila kita membaca sesuatu pernyataan. Baiklah, siapakah orang yang celaka itu?
Lihat ayat yang ke-5, '(iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya'. Salah seorang orang yang tergolong dalam golongan celaka itu ialah orang yang lalai dalam solat. Lalai dalam solat di sini membawa maksud orang yang sentiasa melambatkan solat.
Rasulullah pernah bersabda : ' Ini solat orang munafik. Ini solat orang munafik. Ini solat orang munafik. Dia duduk dan memerhatikan matahari sehingga berada di antara dua tanduk syaitan. Kemudian, dia solat empat rakaat dengan cepat dimana dia sangat sedikit ingat Allah.' ( Bukhari dan Muslim)
Solat yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis tersebut ialah solat 'Asr. Dapat dilihat dalam hadis tersebut, salah satu ciri-ciri orang munafik ialah melambatkan solat. Apabila kita solat di hujung waktu, pasti kita akan solat dengan tergopoh-gapah. Hal ini menyebabkan kita solat dengan tidak khusyuk.
Selain itu, lihat ayat yang ke-6, ' Yang berbuat riya '. Orang yang riya' juga tergolong dalam golongan orang yang celaka. Moga kita dijauhkan dari sifat riya'. Riya' merupakan syirik khafi iaitu syirik tersembunyi. Orang tak nampak. Allah nampak! Sebagai contoh, kita berada di masjid, untuk menunjukkan kita ini seorang yang rajin beribadah, kita memperbanyakkan solat. Kita melakukan sesuatu perkara hanya untuk dilihat dan dipuji oleh orang.
Jom kita lihat ayat yang terakhir surah ini, ' Dan enggan memberi bantuan.'
A : Nak pinjam pen boleh?
B : Ambillah.
A: Terima kasih..
B : Hmmm..., jangan guna banyak sangat, mahal tu..
A : ??
Apa andaian anda apabila membaca dialog di atas?? Mesti anda kata si A kedekut. Bagi pinjam pen pun berkira sangatkan?? Inilah yang dikatakan ' Celaka bagi orang yang solat'. Macam inilah sifat orang musyrik. Mereka sangat berkira dalam semua perkara, walaupun mengenai perkara kecil. Mereka ini tiada sifat pemurah.
Adakah kita ingin tergolong dalam golongan yang dikatakan di atas? Tepuk dada, tanya iman!
Tuntasnya, dapat kita dilihat bahawa secara tidak langsung, perkara-perkara di atas sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat zaman sekarang. Melalui solat, kita dapat mengetahui segalanya. So, jagalah solat kita. Janganlah kita tergolong dalam golongan tersebut.
p/s: Segala yang lebih datang dari Allah, segala yang kurang datang dari saya. ^_^
By: Nurhaziqah.Mz
Labels:
Tazkirah
0 comments:
Post a Comment