Keluarnya Orang-orang Bertauhid dari Neraka


Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., dia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda,

"Adapun penghuni neraka yang abadi, (mereka) tidak mati dan tidak hidup di dalamnya, namun orang-orang di antara kamu yang masuk neraka kerana dosa mereka (atau kerana kesalahan mereka), maka Allah s.w.t. mematikan (menyeksa) mereka satu kali, sehingga apabila mereka telah menjadi arang, mereka diberi syafaat lalu dibawa berkelompok-kelompok kemudian dihamburkan ke dalam sungai syurga, lalu dikatakan kepada penghuni syurga, "Sirami mereka dengan air." Maka mereka tumbuh segar seperti tumbuhnya biji-bijian yang teraliri air." Salah seorang dari satu kaum berkata, "Seakan-akan Rasulullah s.a.w. berada di padang sahara." [Muslim 1/118]

Baca selanjutnya Keluarnya Orang-orang Bertauhid dari Neraka II...

Ps. Akh Irfan kirim salam buat semua form 5.

26 Safar 1432 H

Malaysia Perlukan Kementerian Pembangunan Lelaki


Pendedahan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 2008, tempoh selama sepuluh tahun perkahwinan amat kritikal sekali kerana potensi penceraian adalah besar.

Dalam kajian pada tahun 2007, Jakim mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian. Bagi tempoh enam hingga sepuluh tahun pula mendapati 27.7 peratus bercerai. Ini bererti tempoh sepuluh tahun pertama merupakan tahun yang paling kritikal kerana 59.9 peratus pasangan berakhir dengan penceraian.

Daripada sebanyak 135,136 perkahwinan didaftarkan pada 2009, 27,116 kes perceraian telah direkodkan pada tahun berkenaan.

Kementerian Pembangunan Lelaki

Kita sudah biasa dengan kewujudan kementerian pembangunan wanita di negara kita Malaysia. Secara spontan kita dapat fahami peranan kementerian terbabit adalah untuk menjaga kebajikan kaum wanita dari serba serbinya agar tidak teraniaya, tertindas, ketinggalan dan seumpamanya. Namun melihat kepada keadaan semasa di Malaysia, mungkin sudah tiba masanya kita memikirkan sebuah badan khas untuk membantu kaum lelaki yang kelihatan sudah semakin pudar keupayaan mereka.

Allah swt menciptakan isi dunia ini berpasangan agar mereka saling boleh bekerjasama memakmurkan dunia sesuai dengan fitrah mereka; fitrah yang pastinnya membawa kepada ketenangan, keharmonian dan dinamisme. Namun, kini jumlah wanita lebih ramai memenuhi institut pengajian tinggi dan seterusnya semakin banyak menguasai jawatan-jawatan di medan pekerjaan. Pendidikan di dalam rumah tangga semakin terhakis, salah satu puncanya adalah apabila wanita semakin ramai diperlukan untuk keluar bekerja, manakala lelaki pula gagal menampung keperluan membantu dalam pendidikan anak-anak.

Dalam kata mudahnya, dunia pekerjaan kini memerlukan bantuan wanita untuk terus bergerak. Namun dunia rumahtangga memerlukan bantuan lelaki untuk terus harmoni.

Apabila wanita kelihatan berjaya menampung keperluan dunia pekerjaan, tentunya kemampuannya mengurus isi rumahtangga menyusut, ketika itulah peranan lelaki diperlukan. Tetapi sedikit malang apabila lelaki terus terkebelakang. Di dunia kerjaya mereka menyusut, di dalam rumahtangga mereka sering gagal menampung ruang kosong yang ditinggalkan isteri bekerja. Hasilnya pergolakan pasti berlaku, rumahtangga berantakan, anak pasti terkena impak negatif dan seterusnya mendasar di dalam jiwa mereka sehingga dewasa. Lebih buruk jika impak tersebut merosak jiwanya dan menjadi anak tersebut sebagai pembuli di sekolah, virus di universiti, sampah dalam masyarakat dan pencipta masalah dalam negara.

Firman Allah swt:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ

Ertinya : Lelaki itu adalah ketua ke atas wanita disebabkan kerana kurniaan yang diberikan kepada mereka dan disebabkan nafkah yang mereka berikan.. (Surah Al-Nisa : 34)

Jelas dari ayat di atas, Allah melantik lelaki selaku ketua dan pemutus keputusan di dalam sesebuah rumahtangga berdasarkan dua sebab utama iaitu:

1. Kelebihan fizikal mereka.

2. Tanggungjawab mereka selaku pencari nafkah untuk keluarga.

Kesan Domino Berantai

Nescaya, kalau kedua-dua itu tidak disempurnakan dengan baik, pastinya masalah akan berputik satu demi satu, ketidakpuasan hati akan menjelma hari demi hari, kehidupan akan berubah kepada seribu satu macam jenis masalah, berakhir dengan penceraian dan anak-anak bermasalah.

Anak-anak ini akan membawa masalahnya ke sekolah dan universiti, sebagaimana ibu dan ayah mereka membawa masalah ke tempat kerja. Akhirnya aura negatif mereka berpindah dari seorang ke yang lain, lalu mempengaruhi sekelompok masyarakat dan seterusnya negara. Ia adalah kesan domino yang berantai.

Kerana itu keharmonian keluarga amat penting dalam Islam, dan Nabi mengatakan krisis dalam keluarga adalah penghakis agama. Ia punca kepada masalah lebih besar dalam masyarakat.

Nabi memaklumkan keperluan segara mendamaikan dan menyelesaikan masalah dalam keluarga malah ia lebih besar ertinya dari sedekah, puasa dan solat (sunat).

Nabi bersabda, yang bermaksud :

"Wahai sahabatku, mahukah kamu aku khabarkan satu amalan yang lebih besar fadhilatnya berbanding puasa (sunat), sedekah (sunat) dan solat (sunat)?" Maka Abu Darda' menjawab : "Ya Rasulullah". Nabi membalas : "Itulah mendamaikan perbalahan dalam keluarga dan masyarakat." [Riwayat Al-Tirmidhi Abu Daud : Hadis bertaraf hasan dan sohih menurut Albani]

Dan Nabi menambah selepas itu, menyebut, yang bermaksud :

"Keroasakan dalam hubungan rumahtangga, kaum kerabat dan organisasi masyarakat akan menghakis (ketaatan dalam agama)." [Riwayat Ahmad dan Tirmidhi : Hadis Hasan]

Semakin Mudah Cerai

Apabila wanita sudah berkerja dan berpendapatan sendiri, mereka tiada lagi punyai masalah untuk bercerai, hasilnya berdasarkan kajian Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin, trend perceraian bagi tempoh 1998-2002 menunjukkan, hampir 70 peratus kes perceraian di Kelantan, Johor dan Terengganu dipohon oleh wanita (isteri). Di beberapa negeri lain pula menyaksikan lebih 50 peratus wanita sebagai plaintif dalam kes perceraian.

Allah Maha Mengetahui wanita dan emosinya, ia satu perkara fitrah. Justeru kuasa cerai diberikan kepada suami. Namun isteri masih mempunyai kuasa untuk memohon melalui mahkamah, apabila mereka benar-benar mempunyai kes dan sebab yang utuh di sisi syara'. Fakta yang diberikan di atas menyokongnya, ia juga sekaligus menunjukkan kegagalan kaum lelaki.

Tulisan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa, cuma mengajak kita berfikir sejenak kepada kelemahan lelaki dalam memainkan peranannya yang dianugerahkan oleh Allah, iaitu sebegai ketua keluarga. Ia merupakan satu tugas dan amanah yang datang dengan tanggungjawab dan peranan.

Tanggungjawab sebesar itu, memerlukan ilmu dan kredibiliti secukupnya untuk bertindak selaku pemutus keputusan di dalam ruamhtangga. Keputusan yang dibuat pula mestilah cukup rasional dan boleh diterima oleh ahli rumah khususnya isteri.

Seperti sifat seorang hakim di dalam mahkamah, selain hakim, peguam bela dan peguam pendakwa juga pakar di dalam bidang undang-undang, namun ia perlukan seorang pemutus keputusan. Itulah sebaik-baik cara yang Allah ajarkan untuk manusia, mereka perlukan pemimpin yang tidak mudah terpengaruh dengan emosi, tetapi lebih tumpu kepada rasional dalam membuat keputusan. Berdasarkan ayat surah al-Nisa tadi, Allah melantik lelaki dan Allah Maha Mengetahui setiap kelemahan dan kelebihan makhluk yang diciptakannya.

Hari ini, dengan segala kecukupan peralatan dan fizikal yang ada pada lelaki, semakin ramai yang menyalahgunakan kemudahan fizikal yang diberi. Digunakan untuk menjadi penjenayah tegar, tenaga fizikal digunakan untuk merempit, bergaduh dan 'tunjuk kuat'. Sebahagiannya diguna untuk mendera anak dan isteri serta wanita lain. Minda logika dan kurang emosi yag Allah anugerahkan digunakan untuk justifikasikan segala kelalaian dan menghiburkan diri apabila ditimpa kegagalan.

Akhirnya makin ramai lelaki yang gagal menggalas tugas ketua sebuah keluarga. Hal tersebut mendorongnya untuk terus mendesak isterinya mengambil alih sebahagian tugasannya. Dan berterusan rumah menjadi 'rumahku nerakaku'.

Mungkin dengan sebab itu, kita kini memerlukan Kementerian Pembangunan Lelaki di negara kita?

Kita sedar, tabiat lelaki tidak suka dinasihati kecuali mereka yang datang meminta, tidak seperti wanita yang lebih mudah menerima nasihat. Justeru, adakah jika kementerian seperti ini diwujudkan, ia boleh mengubah situasi buruk yang melanda?

Segeralah Melakar Plan Bertindak Atau...

Apapun, pemimpin negara dan semua pihak berkuasa perlukan kaedah dan strategi jelas bagaimana untuk kembali memperkasakan lelaki, bukan dengan sibuk menjual 'ubat kuat' dan 'tahan lasak' tetapi untuk memperkasakan iman, ilmu, jiwa, minda mereka agar kembali boleh berperanan sebaiknya, tanpa plan bertindak yang jelas dan jitu, krisis lebih buruk akan berlaku dalam negara kita.

Sudah tentulah, pemerkasaan yang pertama adalah mengembalikan mereka kepada fitrah mereka, membawa lelaki kepada agama, kerana semua itu bakal mempengaruhi isteri dan anak-anak mereka.

Apa pandangan anda?

sumber: iluvislam.com
oleh: Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman

24 Safar 1432 H

jadual kelas tambahan 2011


HARI

PETANG

MALAM

AHAD

P.S.I ( 4.30 PM – 6.30 PM)

B.M ( 8 PM - 10 PM)

ISNIN

B.I ( 3.30 PM – 5.30 PM)

B.A ( 8 PM – 10 PM)

SELASA

MATH ( 3.30 PM – 5.30 PM)

ADD MATH ( 8 PM – 10 PM)

RABU

BIO / PA (4.30 PM – 6.30 PM)

USRAH

KHAMIS

EA / PYS (4.30 PM – 6.30 PM)

PQS ( 8 PM – 10 PM)

JUMAAT

SCI/CHE ( 8.30 AM – 11 AM)

(-)

Gloomy Sunday



Post ini adalah tidak bukan hanyalah satu perkongsian daripada apa yang kumpulan kami bentangkan komsas, 'Pantun Enam Kerat'.Kumpulan kami ada menceritakan kisah mengenai lagu 'Gloomy Sunday' yang telah mengorbankan banyak nyawa.Jikalau ada mana mana ikhwah atau akhawat yang berasa kurang senang dengan post ini, mohon terus delete tanpa ada rasa ragu ragu.Ini perlu bagi kemaslahatan daripada segi psikologi dan iman kita.mohon maaf atas segala kekurangan.Berfikirlah dengan akal yang matang, emosi yang stabil.lirik lagu 'Gloomy Sunday':

Gloomy Sunday

Sunday is gloomy
The hours are slumberless
Dearest the shadows
I live with Numberless
Little white flowers

Will never awaken you
Not where the dark coach
Of sorrow has taken
Angels have no thought


Of ever returning you
Would they be angry

If i thought of joining you?

Gloomy Sunday

Gloomy sunday

With the shadow i spend it all

My heart and I Have decided to end it all
Soon there'll be prayers

And candles are lit,I know

Let them no
t weep
Let them know,
that i'm glad to go


Death is a dream

For in death I'm caressing you

With the last breath of my soul

I'll be bless
ing you

Gloomy Sunday


Dreaming,I was only dreaming
I wake and find you asleep
On deep in my heart,dear


Darling,I hope
That my dream hasn't haunted you

My heart is telling you
How much I wanted you

Gloomy Sunday


Its absolutely Gloomy Sunday



Behind the scene



Pada tahun 1935, Lazzlo Javor menulis sebuah lagu yang berjudul 'Gloomy Sunday'.Lagu tersebut kemudiannya menjadi irama muzik oleh Rezsoe Seres dan rakaman lagunya terus popular.Lagu itu dikarang olehnya untuk buah hatinya.Tetapi, tidak semana mena kekasihnya telah membunuh diri dan meninggalkan satu surat,niat bunuh dirinya tertulis lirik lagu 'Gloomy Sunday' ini.

Setelah beberapa lama kemudian, satu kes menggemparkan di mana seorang polis Hungary telah membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri.Mayatnya ditemui dalam keadaan posisi menelungkup di atas lirik kopi lirik lagu 'Gloomy Sunday'.

Kisah selanjutnya, seorang perempuan telah meracuni dirinya sendiri ketika lagu Gloomy Sunday ini sedang dimainkan.

Seterusnya, sebuah kisah terjadi di Restoran Budapest, seorang pemuda lelaki telah menembak dirinya sendiri ketika kugiran baru sahaja menyanyikan lagu 'Gloomy Sunday'.



Demikianlah kisah tragedi berdarah lagu 'Gloomy Sunday' ini.yang ditunjukkan ini hanyalah 5% daripada kes yang ada di dunia ini.Sesiapa yang berminat untuk memuat turun lagu ini, klik 'Gloomy Sunday'
Ketika lagu tersebut terus menerkam rakus mangsanya, dan ditambah dengan situasi yang tidak 'seronok'.Pemerintah Hungary terus mengharamkan lagu ini diputarkan di tempat umum.

Walaubagaimanapun, lagu ini terus tersebar di negara lain dan sudah semestinya tragedi berdarah ini berulang.Di Britain, lagu ini dilarang dimainkan di BBC (British Broadcasting Channel).Beberapa perkara yang sama juga terjadi di Amerika Syarikat, namun pemerintahnya tidak mengharamkan pemutaran lagu ini.Hasilnya ....

Mengikut statistik, sebbanyak 200 kes bunuh diri di seluruh dunia yang berkaitan dengan 'Gloomy Sunday'.Pada tahun 1968, penggubah lagu Gloomy Sunday ini, Rezsoe Seres terjun daripada tingkat 8 sebuah bangunan.Dan akhirnya, dia tidak mampu lagi menulis lirik lagu lain setelah 'Glommy Sunday' terus meledak.

p/ss: Sekali lagi ana tegaskan bahawasanya ini hanyalah satu perkongsian.Betapa murahnya nyawa manusia sehinggakan lirik lagu ini mampu mengatasi kematangan moral dan pemikiran manusia sejagat.mana yang baik itu mohon 'diterkam', mana yang buruk itu mohon 'dicaci maki'.Wallahua'lam.

Yang terus Mencari keredhaanNya,
Izzat Anuar, Abdul Muqsit, Muhd Mus'ab dan Syafiq Akram

5 Tarmizi



Salam.. Pada 3 Januari 2011 bermulalah kehidupan kami sebagai senior di SMI AL-AMIN KEMAMAN. Seramai 34 orang dengan kehadiran seorang pelajar baru yang ber'bangsa' ikhwah. Kami hidup aman dan damai di dalam sebuah kelas 5 Tarmizi bersama guru kelas Muallim Nadir.
Nama-nama yang masih kekal di 5 Tarmizi 2011 ialah :-
  1. Syafiq
  2. Anwar
  3. A.Muqsit
  4. Hanifuddin
  5. Mujahid
  6. Mus'ab
  7. Izzat
  8. Irfan
  9. Khalish
  10. Faiq
  11. Yakan
  12. Asakir
  13. Wafaa'
  14. Izyan
  15. Fatini
  16. Auni
  17. Syaza
  18. Marsha
  19. Zalilah
  20. Haziqah
  21. Hazimah
  22. Nurul
  23. Iera
  24. Iekin
  25. Robiatul
  26. Fatimah
  27. Amalina
  28. Nasyitah
  29. Syifa'
  30. Hazirah
  31. Dayana
  32. Aqilah
  33. Mardhiyyah
  34. Khadijah

Bittaufiq wannajah, buat Adli, Syahiran, Aliyana, Tasya, Adrina yang telah bertukar ke sekolah lain, walaupun kita di sekolah yang berbeza tetapi kita tetap sahabat fillah ~ ukhuwwah fillah ~sedikit kata- kata untuk antum :
"Teruja pada kata - kata Imam Ghazali yang mulia :'Ukhuwwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam do'anya.' Kami berharap mekar di hati, agar persahabatan suci ini, kan terus mantap, menjadi syafaat, terukir indah di Pintu Jannah..."
Ukhuwwah fillah!!!



5 Safar 1432H
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Copyright © 20009-2012 Seventh Generation: January 2011
Design by aisyah ameelah ghariib