Trial kami


kisah trial kami **

Alhamdulillah,akhirnya trialSPM tamat dgn jayanya..
rata-rata rakyat 5 tarmizi mencurah usaha mereka
dengan penuh bersungguh-sungguh agar mereka beroleh
result yang [ flying colours] .. ternyata suasana exam jelas terpancar
dari pagi hingga ke malam ..dari malam hingga ke pagi .. masyaAllah,masing-
masing dengan usaha mereka sendiri membaca buku,membuat latihan,bertanya muallim/ah,kawan2 & sebagainya .. tanpa mengira erti penat lelah,yang pasti target
mereka tercapai !

dapat dilihat juga suasana kelas yang berselerak dgn nota-nota b.i,b.a,bio,p.a,buku2 yang nipis,tebal semuanya ada,kerusi2 tersusun kemas bagai di pentas peperiksaan sebenar.. tapi kadangkala ada yang jatuh dan ada juga yang duduk tegak berdiri menyandar di dinding kelas..
hari pertama trial,kami disusun mengikut angka giliran..susunan meja yang kemas memberi ketenangan semasa menjawab soalan :)
macam-mcam ragam yg dpt dilihat sms menjwb soalan exam,,ada yang tertidur,terbangun,terbising,terketuk meja,terlepas pen sbb tertidur ,tehentak kaki,tercakap,tertawa,termasam,termanis dan sebagainya ter'... dan satu perkataan
yang tiada ter adalah 'tension'.. tension x boleh jwb add math,bhs arab dan sbg...

tapi dgn berkat kesabaran kami semua berjaya menghabiskan kertas2 kajang hingga ke akhir garisan..dan menghabiskan trial hingga ke ahir tarikh yg ditetapkan..

kisah selepas Trial & raya

masih x terlambat lg,kami semua warga 5 tarmizi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam .. mohon maaf diatas segala kekhilafan yang berlaku .
masing-masing dpt beraya dengan penuh ceria,kerana trial habis sebelum raya.. ttp x bermakna kami lupa kwn baru kami SPM . walau sibuk beraya,ada juga yang melihat2 buku,membuat latihan walau 1/2 m/s je .at least,buka buku juga.Akhirnya,sekolah dibuka pada hari selasa,7 syawal.. ada yang rajin,ada yang malas nak ke sekolah..walau dah form 5 masih lagi berperangai mcm 5 thun.. hoho,..sudah pasti muallimah nak bagi result trial kami. jadi setakat ni b.a,bio,chemist je yg x dpt lagi.. yang lain dah dpt,hampir semua warga 5 tarmizi mempunyai peningkatan yang mendadak... TAHNIAH ! diatas pencapaian anda ! teruskan usaha jgn pernah berhenti berusaha .. SPM this 14 November 2011 ! setakat ni subjek yg dah dpt :-

  1. BAHASA MELAYU
  2. ENGLISH
  3. PENDIDIKAN ALQURAN DAN SUNNAH
  4. PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIYYAH
  5. ADD MATH
  6. SCIENCE
  7. PRINSIP AKAUN
  8. EKONOMI ASAS
  9. MATHEMATICS
  10. SEJARAH
*markah2 juga boleh dilihat melalui SPS alamin kemaman..
jadi,kata-kata akhir,teruskan berusaha & berdo'a moga kejayaan milik bersama
dan jangan pernah jemu dgn usaha,banyakkan puasa & menderma krn tu salah satu
petua untk berjaya.. sentiasa dekatkan diri dgn Allah . sekian shj. laporan trial kali ni..
maaf diatas penggunaan kata yg x sesuai dgn jiwa anda.. wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Copyright © 20009-2012 Seventh Generation: September 2011
Design by aisyah ameelah ghariib