Chenta


Dengan Nama Al-Ra'uf,


dengan izin Allah yang maha membolak balikkan hati manusia dan mencampakkan perasaan cinta serta kasih terhadap hambanya


ini bukanlah post biasa biasa. menggigil juga nak menyusun kata kata. dan agak keberatan juga sebenarnya nak menulis berkenaannya. tapi memikirkan, kita semua bukan budak budak lagi. taksalah bukan kalau nak berkongsi tentang perasaan dan seumpamanya? err.

perasaan kita berevolusi, tahu? dan perasaan 'lain-macam-terhadap-berlainan-gender' itu adalah bersifat natural. sekarang sudah hampir mencapai umur 18 tahun umumnya. tipu jikalau anda katakan bahawasanya anda tidak punya apa apa perasaan langsung terhadap ikhwah/akhawat? yeahhh. perasaan sukakan seseorang, perasaan ingin disayangi dan menyayangi. mungkin itu adalah Cinta. waaahh!

kata orang, 'sedalam mana cinta kita, sedalam itu jugalah luka di hati kita pabila dikecewakan' *koff koff*

Oleh: Idriskassim Nil





Perasaan dan tarikan berlainan gender itu adalah fitrah kejadian manusia tetapi, keperluan itu tidak perlu melalui proses percintaan. kita di dalam jemaah berkemungkinan akan berdepan dengan suasana yang tidak selesa. Di dalam jemaah, kita mempunyai sistem tersendiri yang menepati syariat bagi menghubungkan proses percintaan yang halal lagi bebas daripada kebatilan dengan melalui Naqib/Naqibah. Jikalau tidak melalui Naqib/Naqibah, secara automatik kita telah menceroboh kesucian niat da'wah. Dalam erti kata yang lebih mudah, berpasangan atau ber'couple' itu adalah haram.

Mengikut Feqah. bila kita meluahkan perasaan cinta kepada seseorang yang berlainan gender bermaksud kita telah meminangnya secara tidak formal. Dan sampai satu saat, kita telah mendapat respon yang positif daripada si Fulan/Fulanah, secara automatik dia telah menjadi tunangan kita yang sah daripada segi hukum syara'.

- Bercinta sebelum berkahwin tidak perlu kerna seolah olah kita membuka pintu kepada syaitan dengan pelbagai kejahatan dan kemaksiatan.

- Kalimah cinta berlainan gender adalah penipuan yang terang terangan

anda mahukan bukti kesetiaan, kesempurnaan cinta daripada pasangan kalian? mari. ucapkanlah kata kata magis ini:

" kalau kamu benar benar jatuh cinta kepada-ku, potonglah kaki kamu yang sebelah kanan sebagai bukti cinta-mu kepada-ku. "

" sebagai tanda cinta-mu kepada-ku, mari. gantungkan diri-mu di atas pokok palma di hadapan rumah-ku. gantungkan diri-mu.  semoga cinta kita kekal abadi sampai ke sorga. "

( itu hanyalah contoh yang biasa. kalian boleh memikirkan alasan yang kreatif lagi kritis lagi sebagai pembuktian kecintaan kamu yang tulus suci itu. wahaaa! )

maka, tentu sahaja kita akan mendapat respon yang sinis daripada pasangan kita. mereka sudah tentu tidak sanggup. bukan?  jangan terlalu mudah percaya kalimah cinta dan ayat romantis yang diucapkan kepada manusia. semuanya bohong. ini serius. infaqkanlah dirimu terhadap kecintaan Allah. laksanakan apa sahaja kehendaknya, tinggalkan segala larangannya. itulah bukti cinta yang sebenarnya.

" err. apa sebenarnya jambatan hubungan antara kasih sayang terhadap lelaki dan perempuan? "

hubungan sebenar kasih sayang antara makhluk sebenarnya ada beberapa tahap yang berbeza. anda mahu berkahwin dengan cara yang suci, jujur dan ikhlas kerana Allah? maka, salah satu caranya mestilah dengan meminta pandangan naqib/naqibah kalian.

saya telah berkahwin dengan isteri pertama saya. 18 tahun kami hidup bersama. dikurniakan 5 cahaya mata. apa yang pasti, kami berkahwin tanpa bercinta terlebih dahulu. saya orang kampung dikahwinkan pula dengan orang metropolitan, hasil aturan jemaah. rasanya pada ketika itu, saya mampu untuk berkahwin. urusan kami tidak lama. dalam masa hanya 5 bulan sahaja, kami selamat diijab kabul.

namun, akhirnya. kami terpaksa berpisah jua kerna beliau kembali kepada kekasihnya yang dia sayangi selamanya. hanya Dia yang isteri saya cintai selamanya. saya memang sudah tahu, dia tidak akan mencintai saya dan saya juga tidak akan mencintai dia namun kami hidup dalam suasana yang penuh kasih sayang. kami langsung tidak pernah kenal. apatah lagi bersua muka mahupun bertentang serampang dua mata sehinggalah saya benar benar berada di hadapan Kadhi.

secara jujurnya, saya amat yakin dan percaya akan sistem jemaah yang mengikut serta berlandaskan syariat yang diajar Muhammad, sebagai nabi yang sempurna dan adil. Hanya selepas dua bulan pemergian beliau mengadap Ilahi, saya sendiri menyuarakan pendapat kepada naqib saya bahawasanya saya ingin berkahwin lagi.

konsepnya tetap sama. saya tidak perlu bercinta walaupun saya berada di Malaysia Barat manakala isteri saya di Malaysia Timur. naqib saya mencadangkan kepada saya. saya benar benar yakin terhadap institusi jemaah dan yakin dengan keadilan Allah. calon tersebut sudah tentulah melalui naqibahnya. namun, naqibahnya sendiri mencadangkan kepada saya supaya berkahwin 2 serentak. masakan, saya belum bertemu dengan calon pertama tetapi saya dicadangkan pula mengambil calon kedua. saya terima mereka hanya dalam masa 3 bulan sahaja.

alhamdulillah. kami tinggal serumah. bahagia dengan dua cahaya mata kurniaan Allah. kehidupan kami rukun dan bahagia sekali. apa yang pasti, hidup kami penuh kasih sayang seluas laut tanpa tepian. tetapi kami tidak pernah mengungkap kalimah 'Cinta'. kerna kalimah cinta adalah bohong terhadap makhluk namun nyata buat Allah.

maka:

  • Tidak perlu bercinta kerna bercinta hanyalah satu kebohongan yang besar alunan syaitan
  • Pengalaman saya sendiri, sudah ramai ikhwah yang bercinta sebelum berkahwin, namun mereka kecundang dalam rumahtangga dan apa yang menyakitkan, turut sama tumbang dalam medan da'wah
  • Tidak perlu berfikir tentang pasangan jikalau kalian belum bersedia untuk berkahwin. jikalau benar kalian mahu berkahwin, nyatakan hasrat itu kepada naqib/naqibah anda. itu adalah lebih baik.
  • Berkasih sayang selepas akad nikah adalah amat indah kerna tiada sebarang halangan dan yang paling penting tidak perlu cemarkan hati dengan menceroboh syariat Allah
  •  Rumahtangga yang berkat akan diredhai Allah apabila kita membinanya atas dasar iman dan taqwa, bukanlah melalui pemilihan pasangan secara membuta tuli.
  • Kecemaran hubungan kasih sayang sebelum berkahwin adalah petanda awal bahawa perkahwinan yang dibina itu tidak ikhlas kerna Allah dan sebagai aras awal kepincangan rumahtangga
  • Kemanisan hidup selepas akad adalah kenangan manis yang sentiasa suci, tidak pula dihantui dosa silam
  • Bercinta sebelum berkahwin menyebabkan kita kehabisan bekalan atau modal kasih sayang. semasa bercinta, jika kita berselisih  kita sudah pasti menggunakan kata kata romantis dalam erti kata lain, menggunakan modal kasih sayang secara boros. namun apabila kita sudah berkahwin, kita akan buntu memikirkan cara yang lain daripada yang lain bagi memujuk pasangan kalian.

rumusan, bercinta sebelum berkahwin di waktu yang tidak sesuai hanyalah membuka peluang iblis menjatuhan da'wah dan imej jemaah. da'wah adalah musuh syaitan yang sangat besar. tewas da'wah maka bermaharajalah syaitan

itu hanya pandangan Ustaz Idris berkenaan dengan 'Cinta'. pernah beliau nasihatkan,

" anta bila kahwin nanti, jangan kata 'i love u' atau 'aku cinta pada-mu' pada pasangan anta sebab istilah cinta itu tidak ada dalam kasih sayang sesama makhluk. hanya Allah sahaja yang layak di'cintai', tapi ucapkanlah perkataan 'sayang' "

ohhh.

dan betul lah kenyataan Ustaz Azhar Idrus,

" boleh bercinta. tapi niat mesti nak kahwin dengan dia "


pernah dengar statement ni? ramai orang salah guna statement Ustaz Azhar ni untuk menghalalkan aktiviti per'couple'an diorang. bila ada yang dengar statement macam ni, daripada Ustaz Azhar pulak. makin rancak lagi lahh aktiviti mereka. jangan salah faham. kenyataan Ustaz Azhar itu betul. mungkin wasilah yang kalian gunakan itu salah. kalau betul kalian bercinta dengan niat nak kahwin dengannya, mana buktinya?

sudahkah nyatakan hasrat nak berkahwin dengannya secepat mungkin, secara serius? 

sudahkah berjumpa dengan keluarganya dengan menyatakan hasrat itu, secara serius?

huh? apa? nak habis belajar dulu? ohh. lepas habis belajar, dapat kerja lepastu baru nak kahwin? kalau macam tu, putuskan sajalah hubungan haram itu. wahaaa!

niat nak kahwin itu mesti serius. kalau sekadar nak main main, tunggu 10 tahun 10 bulan lagi, dapat kerja, kewangan stabil semua baru nak kahwin. maka kalian tidak layak langsung untuk berpasangan. heyyy! ini serius. niat secara serius itu penting. couple, break up. couple lagi. seronok ke? 

haaa! suka sangat mainkan perasaan perempuan kan? ehh, perempuan pun sama. suka jugak mainkan perasaan lelaki. jangan buat muka macam tu! err.

secara jujurnya, kami berusrah dengan dinaqibkan oleh Ustaz Idris Kassim sudah banyak kali diberi penekanan mengenai bab cinta, perkahwinan serta kehidupan rumahtangga ini. dalam masa masa usrah juga, pasti akan diselitkan juga mengenainya. sudah tentu Ustaz Idris berpendapat, kita yang sudah berada dalam jemaah dengan melakukan kerja kerja da'wah yang sumpah tidak akan habis sampai bila bila, penting bagi kita memilih pasangan yang baik. secara automatisnya, zuriat yang baik juga dapat dilahirkan. anak anak kita sebenarnya bakal pewaris takhta membawa panji panji da'wah ini. kalau benar kalian komit dengan da'wah, pilihlah pasangan yang baik. kalian mahu berusrah tiap tiap malam juga tidak akan ada masalah yang timbul dalam soal cemburu dan sebagainya. kerna, pasangan kita sudah faham realiti kehidupan berjemaah ini.

teringat ana pesanan Muallimah Hayati, sepatutnya kita sekarang memang dah perlu berdoa supaya dikurniakan pasangan yang baik. kalian sudah mula berdoakah? err.

ekstrem. bukan?

p/s: kalau betul anta nak kahwin, cakap kat ana. jemaah boleh uruskan. kalau anta ditakdirkan belajar dekat luar negara ke, sebaiknya kahwin lahh awal awal. lagi senang, mak ayah pun duduk jauh. diorang takboleh buat apa jugak -Ustaz Idris- *koff koff*

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Copyright © 20009-2012 Seventh Generation: Chenta
Design by aisyah ameelah ghariib