ulangkaji sikit ... B.M


SINOPSIS

Datuk Dolhi dan isterinya, Datin Tominah risau apabila memikirkan anak-anak mereka yang tidak berminat untuk menguruskan perniagaan mereka. Anak-anak mereka iaitu Hasnol sebagai pegawai tadbir diplomatik, Amera sebagai pendidik, Ilham pula menyertai pertubuhan alam sekitar. Manakala Mukhlis terlibat dengan kerja-kerja da'wah dan dani sebagai pemuzik rock. Datuk Dolhi tetap berusaha memujuk anak-anaknya agar bekerja di syarikatnya. Datin Tominah pula sibuk dengan persatuan datin-datinnya. Datuk Dolhi terpaksa melalui serta menghadapi karenah anak-anaknya dalam mencari pengganti tempatnya. Datuk Dolhi telah pergi ke Jepun untuk merehtkan fikiran selain untuk berjumpa dengan anaknya iaitu Wahi. Pada suatu malam, Datuk Dolhi memberitahu isteri dan anak-anaknya bahawa Wahi adalah anak kandungnya dengan isteri kedua, Mastura. Perkhabaran itu menyebabkan Datin Tominah bersikap dingin terhadap suaminya. Datuk Dolhi mengumumkan bahawa beliau akan menyerahkan jawatannya kepada Wahi. Setelah itu, separuh daripada masalah keluarga telah selesai. Beliau bersama Datin Tominah berhajat untuk menunaikan umrah.

TEMA

Tekanan hidup yang dihadapi oleh tokoh korporat dalam menangani masalah anak-anak.

PERSOALAN

-Harapan seorang ayah yang mahukan anak-anaknya mengikuti langkahnya sebagai ahli perniagaan.
-Minat dan kecenderungan seseorang tidak boleh diubah.
-Sikap mengamalkan dasar Pandang ke Timur untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

WATAK-PERWATAKAN

  1. Watak utama : Datuk Dolhi
  2. Watak sampingan : Datin Tominah, Wahi, Albert Lee....
LATAR:-

tempat :

-pejabat Dolhi-Albert Holding
-rumah Datuk Dolhi
-di Jepun
-di Teratai INN

masa:
-zaman moden
-pada waktu siang dan malam

masyarakat
-usahawan
-masyarakat majmuk yag dapat hidup harmoni
-masyarakat yang mencintai alam sekitar
-masyarakat yang mencintai dunia pendidikan


GAYA BAHASA

-b.i: nonsense, up to you, original, enjoy
-jepun: go-chumon wa? arimasu ka? sondiotchi
-b.a: assalamualaikum, insyaallah, astaghfirullah
-metafora: menolak tuah, mabuk kerja, sekolam hati
-sinkope: mau, ni, tak, tapi, nak, kau

NILAI

-bertanggugjawab
-kesabaran
-kerjasama

PENGAJARAN

-Kita mestilah menjalankan tugas kita dengan jujur dan amanah.
-Kita hendaklah pandai membezakan perkara yang bai dan buruk.
-Kita sewajarnya hendaklah pandai memikirkan dengan rasional sebelum melakukan apa-apa tindakan.

Sekian, moga dimanfaatkan bersama....sebarang teguran amat dialu-alukan..

3 Rabi'ul Akhir 1431 H

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Copyright © 20009-2012 Seventh Generation: ulangkaji sikit ... B.M
Design by aisyah ameelah ghariib