percaya utk berjaya


"Untuk berjaya, kena percaya!" kata Mr. X.

Ringkas sahaja. Namun cukup bermakna. Untuk memudahkan perbincangan, kita rangkumkan percaya dan yakin dalam satu pakej.

Kita percaya yang kita akan hidup esok hari, maka kita sibuk merancang. Program diatur dengan hati-hati. Kalendar penuh. Jemputan sana sini. Pendek kata, sungguh teratur hidup kita. Perancang berjaya!

Menariknya kita percaya juga untuk mati, tapi...(isikan tempat kosong dengan jawapan sendiri)

Maka sebenarnya, adakah kita percaya dengan kematian? Atau kita bersikap menafikan (denial)?

Semestinya jarang manusia sukakan kepada penghujung (ending). Sentiasa ada tangisan yang mengiringi perpisahan. Maka tidak pelik untuk melihat manusia menangis meratapi kematian orang tersayang.

Tapi sahabat, mari kita menukar cara pandang kita. Bagaimana jika kematian itu bukan penghujung, tapi permulaan. Permulaan yang bakal menentukan kejayaan atau kegagalan.

Benar, permulaan juga disambut dengan air mata. Tapi air mata itu adalah air mata keriangan dan kegembiraan. Alangkah bahagianya mereka yang mendapat syurga. Subhanallah.

Berbalik kita kepada pesanan Mr. X, percayalah anda akan berjaya. Namun untuk berjaya anda kena ikut orang yang berjaya. Ikut orang yang tidak berjaya, anda teraniaya!

Kehidupan kita ini ada banyak cara untuk sampai ke penghujungnya. Jalan yang mana sekalipun anda pilih, anda tetap akan sampai ke hujungnya. Sesungguhnya, cara hidup kita akan menentukan cara mati kita, pesan Imam Ghazali. Maka kisahlah akan cara hidup kita.

Sambung Mr. X lagi,
"Percaya mesti disertai usaha. Percaya itu dalam diri kita. Tapi usaha itu manifestasi kepercayaan kita."

Manifestasi. =)

Ayuh kita menjadi orang yang percaya dan berusaha. Tatkala Nabi s.a.w mengkhabarkan kepada sahabat yang Kota Konstantinopel (Constatinople) akan dibuka, maka yang mengiringi kepercayaan itu adalah angkatan tentera yang berusaha untuk membuka kota bertuah itu.

"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah pimpinannya adalah sebaik-baik pasukan." (H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)

Percaya untuk berjaya!

- Artikel iluvislam.com

Kelas Tambahan ...



~salam .. disini ana ingin menyampaikan pesanan daripada mlmh norihan.walaupun segelintir dah tahu ..tetapi mungkin sbg. peringatan bersama..sukacita dimaklumkan bahawa kelas tambahan untuk persediaan SPM 2011 insyaAllah akan diadakan :-


Tarikh : 26 - 30 dis. 2010
Hari :Ahad - Khamis
Tempat :Smiaak
Penginapan : Asrama ( WAJIB )
Pelajar : para pelajar f.5 2011 tiada yg t'kecuali melainkan atas keizinan pengetua..


*** bagi sesiapa yang ingin dtg awal sebelum tarikh 26 dis. dibenarkan tetapi makanan SDN. BHD.

*** Jadual akan dimaklumkan kemudian ~
*** segala info terbaru akan dimaklumkan kemudian ~

~ selamat bercuti & don't 4get 2 study..wassalam





Kita Sama


Di dalam kita mengemudi bahtera kehidupan, kita akan menemui saat ketika kita "diperlukan" dan kita juga akan menempuhi dan menemui saat kita "memerlukan".

Sebagai seorang mahasisiwa di dalam jurusan yang banyak melibatkan pergaulan dan berkhidmat untuk masyarakat, kehidupan sekeliling banyak mengetuk pintu hati yang selama ini mungkin terlepas pandang tentang perkara ini, dan tidak terusik dengan perasaan untuk berfikir dan akhirnya membuahkan zikir.

Walaupun masih muda untuk menulis dan mengupas sesuatu perkara,namun saya tidak melihat ianya menjadi kesalahan untuk saya memuntahkan pandangan bagi santapan kita semua. Apa yang saya ingin kupaskan mengenai perkataan "diperlukan" dan "memerlukan" ini ialah mengenai hakikat bahawa kita saling memerlukan,dan janganlah kita berasa sombong apabila kita berada di dalam status "diperlukan". Kerana satu hari kita juga akan menempuhi saat kita "memerlukan".

Sebagai contoh, apabila kita menjadi seorang perawat, ramai pesakit akan menunggu kita di luar, dengan penuh pengharapan. Pada saat itu, kita berada di dalam status "diperlukan masyarakat". Dan kita perlu ingat, satu hari nanti mungkin kita pula menjadi pesakit dan kita yang berada di ruang menunggu dengan penuh pengharapan.

Pada masa itu kita berada di dalam perasaan amat "memerlukan". Inilah hakikat kehidupan, adakala kita diperlukan dan bila masa kita diperlukan janganlah kita berasa sombong pada orang yang memerlukan kerana hakikatnya satu hari nanti kita juga akan merasa hidup penuh pengharapan dan memerlukan bantuan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah." (Riwayat Muslim)

Allahuakbar, peringatan dari pesuruh Allah ini akan benar-benar menggetarkan hati mereka-mereka yang hatinya hidup. Yakni hati yang bersedia mendengar dan menerima kebenaran. Sesungguhnya manusia diciptakan sama, yang membezakanya di sisi Allah adalah taqwa.

Seandainya segala khidmat kita kepada masyarakat tidak kiralah di dalam bidang apa kita berada dan diletakkan niat Mencari Suka Allah sebagai perkara pertama, maka bahagialah kita, dan bukan sahaja kita dapat ganjaran gaji dari majikan kita sahaja, malah kita juga akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt.

Tundukkan Hati

Sentiasalah memandang pada orang yang berada di bawah dan kurang bernasib baik, supaya hadirnya ketundukkan hati di dalam diri kita, janganlah kita berjalan di atas muka bumi Allah ini dengan penuh kesombongan. Kerana ingatlah "Di mana milik kita? Tidak ada milik kita. Semua yang ada adalah milik Allah”.

Mungkin kita berasa megah dengan pakaian-pakaian kita yang mahal. Mungkin kita berasa megah dengan kereta, rumah kita yang besar, namun ingatlah semuanya dari Allah. Bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik.

Namun kita boleh melakukan apa sahaja yang disukai demi keselesaan diri sendiri mahupun keluarga tetapi janganlah sampai melanggar batas syariat dan janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain kerana ia akan menimbulkan perasaan dengki dan benci orang lain yang mengakibatkan permusuhan.

Seseorang lelaki berkata, sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan." (Riwayat Muslim)

Atuk dan Nenek yang sama

Ingatlah Allah menciptakan kita sama, kita berasal daripada Atuk dan Nenek yang sama, yakni Adam dan Hawa. Apabila kita menyedari dan mengakui kita berasal dari Atuk dan Nenek yang sama, maka haruslah juga kita mengakui kita semua adalah bersaudara.

Seorang saudara haruslah berasa senang hati dengan kesenangan yang dikecapi saudaranya. Hal ini kerana dari itulah akan hilangnya perasaan dengki di dalam hati kita dan akan timbulnya perasaan hormat menghormati antara kita dan hancurlah perasaan sombong di dalam hati kita.

Andai ini kita sedari, seandainya kita seorang CEO di sebuah syarikat yang besar sekalipun, kita akan berasa hormat kepada semua orang termasuk pekerja-pekerja yang berkerja menyapu sampah di syarikat kita. Dia memerlukan kita sebagai majikan. Kita juga memerlukan dia sebagai pekerja. Hakikatnya kita semua adalah sama. Perkara yang membezakan adalah taqwa.

Seandainya kita seorang majikan, jadilah majikan yang bertaqwa. Seandainya kita adalah pekerja, jadilah pekerja yang bertaqwa. Dan taqwa inilah menjadi sesuatu yang berharga di akhirat kelak. Segala pangkat, jawatan, pakaian kita yang mewah hanya menemani kita di dunia sahaja.

Namun amalan yang disertai taqwa, akan menemani kita sehingga ke alam akhirat. Segala apa bentuk kerja baik yang diniatkan kerana Allah bukan sahaja mendapat habuan dunia darinya, malah kita juga mendapat ganjaran pahala dari-Nya.

Mudah-mudahan artikel serba ringkas ini dikurniakan ikhlas, dijauhkannya riya’, ujub dan sum’ah.

Seterusnya menjadi ilmu yang memberi manfaat dan diambil manfaat yang berterusan ,yang menjadi teman ketika berseorangan di kubur, dan keberkatan untuk kedua ibu bapa, keluarga dan guru-guruku yang dikasihi.

Amin.

Glossari:

1. Riya'- Melakukan sesuatu perkara untuk mendapat pujian dari manusia

2. Ujub- merasa diriya lebih baik dari orang lain.

3. Sum'ah- Beramal agar diketahui oleh manusia.

sumber: iluvislam

3 Muharram 1432 H

Lawatan 4 Nasaie


salam.. sbnrnye nak cerita psl lwtn tu,tp dh bnyk blog yg cerita..x ape rr nanti cerita kat sini, kt blog die org sape nak baca?huhu [ gurau je,padahal malas nk menaip ]

anda boleh mengunjungi link sahabat2 kita..


Tidur-tidur yang Sunat Dikejutkan


Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba.

Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
“Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.

Rasulullah saw bersabda:
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena .

Nabi saw bersabda:
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:
Tidur waktu subuh.

Nabi saw bersabda:
“Tidur subuh menegah rezki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:
“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu.

Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”
(Hr Bukhari – sahih)

Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.

Nabi saw bersabda:” Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah.

Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang.

Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap.

Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.

Nabi saw bersabda:
"Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Keduabelas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur.

Nabi saw bersabda: Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”(Hr Muslim)Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-A bad i dan an-Nihayah oleh Ibnul Athir.

25 Zulhijjah 1431 H

Sila tahu...


beng4ng deng4n isr4el !! j4h4n4m !!*****ht

Hati-hati!! Mulai sekarang jangan pernah menuliskan kata-kata yang 6 huruf yaitu I5Ra3L (tulisan biasa) di Wall, di Status, di Note atau saat mengupload apa saja, kerana secara automatik anda akan terus masuk ke fans page ini

TAPI JANGAN DI LIKE :http://www.facebook.com/pages/Israel/108099562543414?v=stream&ref=ts

Cuba lihat!! Sudah banyak saudara kita yang masuk fans page itu. Padahal mereka tak bermaksud untuk gabung. Mungkin anda juga termasuk dari mereka yang telah tergabung tanpa disengaja. Waspada dan segera untuk keluar kerana jumlah anggota mereka setiap jam bertambah, jika kita menulis nama negara itu sesuai aslinya maka informasi itu akan di direct ke page tersebut dan dimonitor sama mereka disana, semua postingan yg mengandung kata Isr4EL ada disana juga. Sebarkan hal ini kepada saudara-saudara kita yang lain. Kerana kita bukan pengikut the real terorist. Saya melihat mungkin anggota group ini yang wall/note/tautan yang masuk ke dalam fans page itu, hati-hati ya. Tolong disebarkan. Syukron.

(sumber dari group bErjuanglah, rEmaja islam!!)

Daripada fans page tersebut, boleh lihat bagaimana dia highlightkan perkataan tersebut.

****Teruskan, menekan dan mengutuk isr4el laknatullah!!!!
****faham-faham je la semua. facebook ni kan hak milik isr4EL .

Yang terkini;
Israel Page:28,705 people like this.

Jangan share post ini direct ke fb sudahlah.

7 Zulhijjah 1431 H

Doakan


Salam. Marilah sama-sama kita doakan keluarga sahabat kita, Ukht Fatini, yang mana keluarganya terlibat dengan kemalangan jalan raya pada awal pagi tadi. Ayahnya menghadapi pendarahan dalaman. Katanya, doktor sudah membuang 3 liter darah beku. Doktor bagi ubat bius, jadi ayahnya masih belum sedar.

Doakan ayah sahabat kita ini. Semoga Allah memanjangkan umurnya dan permudahkan segala urusan. Juga doakan supaya keluarga ukht kita Fatini tabah menghadapi ujian Allah yang berat ini..

Insya-Allah sama-sama kita buat solat hajat dan berdoa agar ayah sahabat kita selamat.

4 Zulhijjah 1431 H

Kisah Benar Pekerja Malaysia di Jepun


Kisah yang dijumpai dan dicopy untuk dijadikan sebagai teladan dan pedoman kepada kita.

* * *

"Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?” Anda terkejut? Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada di Jepun. Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar Malaysia solat lima waktu sehari semalam.

Sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia yang hadir dalam majlis usrah itu:“Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak di Malaysia?” Seorang pelajar menjawab, “Kerana mereka jarang melihat orang solat.” Yang lain menjawab, “Mereka menyembah berhala mereka sekali-skala. Tidak sekerap dan selama kita umat Islam.”

Saya senyum. Pelajar-pelajar itu berminat sungguh untuk mendalami Islam. Mereka mendekati Islam lebih serius berbanding ketika mereka di Malaysia dahulu. Ketika di perantauan, ramai yang kembali gigih menghayati agama sebagai perisai diri daripada kejutan budaya dan godaan persekitaran yang terlalu mencabar.“Ada sebab lain?” tanya saya sekadar mengundang reaksi. Mereka diam. Mungkin terus berfikir.

“Orang Jepun sangat menghargai masa. Pengurusan masa mereka sangat efisien. Majoritinya tidak membuang masa…” kata saya meluahkan hasil pemerhatian secara rambang. Memang, ketika di dalam kereta api kebanyakan mereka membaca. Buku-buku dan komik banyak tersusun di bahagian atas syiling kereta api. “Jadi bagi orang Jepun yang tidak membuang masa, 5 ke 10 minit yang kita luangkan untuk mengerjakan satu waktu solat dirasakan telah membuang masa. Sebab itu mereka bertanya, mengapa kita membuang masa. Sebab itu soalan itu timbulnya di kalangan orang Jepun. Kenapa tidak di kalangan orang kita di Malaysia? ”

“Sebab orang kita masih ramai yang membuang masa,” jawab seorang pelajar secara spontan. Saya senyum, sambil mengangguk kepala. Bagi orang yang banyak membuang masa, apalah ertinya 5 atau 10 minit untuk solat. Bagi mereka yang suka melepak, berbual kosong, berlegar-legar di pusat membeli-belah sampai berjam-jam apalah harga masa yang sebanyak itu. Tidak jadi kudis. Namun tidak bagi orang Jepun, masa beberapa minit untuk aktiviti yang tidak penting (termasuk solat – pada pandangan mereka) sangat membazir masa.

“Apa yang saudara jawab?” tanya saya menduga. Gembira melihat mereka tercabar begitu. Kekadang kecintaan dan kefahaman kita terhadap Islam hanya timbul dengan adanya cabaran dan perlecehan.

“Susah nak jawab sebab Allah perintahkan kita. Mana mereka boleh terima jawapan yang begitu.”

“Perlu dijawab begitu. Sebab Allah, Tuhan kami perintahkan begitu.”

“ Tapi kalau ditanya lagi apa sebabnya Tuhan kamu perintahkan begitu?”

“Jawablah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri,” jawab saya.

“Mungkin mereka terima jawapan dari perspektif kita. Tapi bagaimana kalau kita nak jawab yang logik dan rasional mengikut perspektif mereka?” tanya seorang penuntut tahun akhir kejuruteraan elektrik (seingat saya).Bagus soalan itu. Saya memang menantikan respons yang lebih kritikal dan berani. “Tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi kamu dalam keadaan yang baik? Bukankah kamu sentiasa menyelenggarakannya? Lebih canggih alat teknologi kamu, maka semakin kerap kamu menyelenggarakannya. Kamu sentiasa buat “maintanance” kapal terbang, kereta api elektrik (“bullet train”) dan kereta kamu…” terang saya.

Pelajar-pelajar yang berjumlah 20 orang itu tidak berganjak. Hawa musim dingin kota Ibaraki itu sekali-sekala mencuri masuk melalui regangan tingkap yang terbuka. Nyaman. “Kemudian tanyakan mereka siapa yang lebih canggih, alat-alat atau jentera teknologi yang dicipta itukah atau pun manusia yang menciptanya?”

“Tentulah manusia,” jawab mereka hampir serentak. “Nah, kalau begitu tanyakan mereka, kalau kamu sering malah sentiasa selenggarakan alat-alat teknologi yang canggih, mengapa kamu tidak selenggarakan diri kamu yang lebih canggih?

“Mereka akan tanya, bagaimana nak selenggarakan diri kami?”

“Itu kami tidak pasti. Tetapi bagi kami orang Islam, solat adalah cara kami “maintenance” diri kami. Malang sekali kalau kamu hanya menyelenggarakan alat-alat teknologi kamu tetapi kamu lupa menyelenggarakan diri kamu sendiri.”

“Kalau mereka bertanya apakah yang dimaksudkan dengan menyelenggarakan diri pada seorang manusia?”

“Seorang itu dikatakan menyelenggarakan dirinya jika ia membersihkan hati, menstabilkan emosi dan menenangkan fikirannya. Inilah yang berlaku dalam solat yang sempurna. Seorang itu mengadu, merayu, merintih dan menyerahkan kembali segala kegalauan, keresahan dan keserabutan jiwanya kepada zat yang mampu dan mahu menyelesaikan segala-galanya. Siapa lagi kalau bukan kepada Allah!”

“Orang yang solat tidak akan sakit jiwa. Stress dan tekanan emosinya terkawal,” sampuk seorang pelajar di barisan belakang.“Sebab itu orang Islam tidak bunuh diri walau bagaimana besar sekali pun masalah yang mereka hadapi,” tambah yang lain.“Tidak seperti orang Jepun, kadar membunuh diri di kalangan mereka tinggi!"

"Dan ketika itulah mereka mungkin boleh disedarkan betapa solat yang beberapa minit itu bukan sahaja tidak membuang masa bahkan sangat penting sekali dalam kehidupan seorang manusia,” ujar saya sebagai satu kesimpulan.

SOLAT ITU SOAL PERIBADI?

Itu kisah orang Jepun yang bukan Islam. Sekarang mari kita ikuti kisah orang Islam sendiri dengan solat. “Maaf, solat ini soal peribadi. Siapa yang nak buat sila, dah ada surau pun dalam bangunan ini. Siapa yang tak mahu, tak boleh paksa. Itu hal masing-masing.”

“Ya, solat tidak boleh dipaksa. Tetapi kita sebagai saudara seIslam, wajib mengingatkan. Dan saya ingin mengingatkan saudara, solat bukan soal peribadi,” tekan saya.

“Mengapa?”

“Solat itu mencegah seseorang dari kejahatan dan kemungkaran.”

“Itu saya tahu. Solat boleh mencegah kemungkaran. Saya pun selalu juga dengar kuliah-kuliah Subuh. Tapi ini dalam syarikat, kita tak perlu mengulang input-input dalam kuliah Subuh tu. Di sini kita bekerja, kita berniaga…”

“Tuan, masa kita berniaga dan bekerjalah selalunya godaan dan cabaran datang. Banyak kemungkaran dalam berniaga dan bekerja,” tusuk saya perlahan.

“Kemungkaran dalam kerja? Apa tuan?”

“Ponteng, curi tulang, rasuah, melawan atasan, menindas bawahan, umpat, adu domba dan sebagainya. Kemungkaran ini bukan soal peribadi. Jika seorang melakukannya, ia memudaratkan yang lain. Lama-kelamaan ia berjangkit menjadi budaya yang negatif dalam syarikat. Ini akan menjejaskan operasi dan perjalanan syarikat secara keseluruhan.”

“Kita sudah ada undang-undang dan disiplin organisasi. Itu sebagai kawalan untuk anggota kita tidak melakukan penyelewengan.”

“Undang-undang mencegah kemungkaran dari luar tetapi solat mencegah kemungkaran dari dalam. Kita perlukan kedua-dua pendekatan. Bahkan dalam apa jua keadaan pencegahan dari dalam itu yang lebih berkesan.”

“Kenapa?” tanyanya sepatah-sepatah. Pengurus bahagian sumber manusia itu masih tidak yakin betapa pentingnya kursus pemantapan solat dilaksanakan dalam organisasi itu. Sejak dari tadi saya terkial-kial untuk meyakinkan orang Islam sendiri tentang kaedah Islam mencegah penyelewengan dan salah laku dalam syarikatnya. “Sebab solat akan membina rasa takut, cinta dan patuh kepada Allah. Orang yang begini akan meninggalkan kejahatan dengan kerelaan hati sendiri. Ataupun jika mereka tersalah, mereka akan segera bertaubat.”

“Ah, apa pula pihak atasan kata nanti. Kita anjurkan kursus solat pula, sedangkan selama ini kita giat menjalan kursus-kursus yang memberi kemahiran profesional kepada anggota-anggota kita,” katanya berterus-terang.“Orang atasan tidak mahukah melihat orang-orang bawahan dan seluruh kakitangan syarikat ini jadi baik? Solat sangat penting untuk membentuk manusia jadi baik.” Dia merenung muka saya lalu berkata,”tetapi kalau baik sahaja tetapi tak tahu bekerja, buat apa?” “Dan kalau tahu buat kerja sahaja tetapi tidak jujur, buat apa?” balas saya.

Setelah melihat dia diam, saya menambah, “sebenarnya kita perlu kedua-keduanya sekali. Pemantapan solat pun perlu, peningkatan kemahiran profesional pun perlu. Alangkah baiknya jika kedua-duanya dilaksanakan secara bersepadu dalam syarikat ini. Kita tidak ada masalah, bukankah seluruh kakitangan syarikat ini beragama Islam?”

“Kos… kos dan peruntukan latihan akan bertambah,” balasnya. Kali ini saya pula terdiam.

“Tuan, untuk program latihan kemahiran kita rela berbelanja besar. Mengapa untuk program pemantapan nilai-nilai Islam ini kita terlalu berkira?”

“Itu soal pihak atasan…” kilasnya.

“Tuan, di atas pihak atasan ini ada yang lebih atas lagi. Allah akan bertanya kepada kita, apa yang kita laksanakan untuk mendidik orang bawahan kita. Syarikat hakikatnya sebuah institusi. Kita akan ditanya oleh Allah tentang orang di bawah pimpinan kita. Bukan soal makan-minum dan kebajikan lahiriah mereka sahaja, tetapi juga soal iman dan Islam mereka.”

“Baik tu baik. Tetapi…”

“Tuan, jika syarikat terlalu berkira dalam soal-soal tarbiah begini, saya khuatir penyelewengan, rasuah, curi tulang dan lain-lain sikap negatif yang tuan katakan mula merebak dalam syarikat ini akan bertambah kronik. Pembaziran dan penyelewengan akan memporak-perandakan operasi. Produktiviti dan kualiti akan menurun. Penjualan juga akan merosot. Pembaziran berleluasa. Rasuah pula akan menyebabkan ketirisan wang yang bukan sedikit! Ini menelan kos yang lebih berbanding kos pendidikan,” pujuk saya.

Dia termenung. Sambil menepuk-nepuk tangannya ke meja dia berkata, “Insya-Allah, nantilah akan saya fikirkan dulu.”Saya menarik nafas. Begitulah cabaran dalam berdakwah. Setelah berhujah, kita perlu pasrah menyerah kepada Allah, pohon taufik dan hidayah-Nya. Apa pun benarlah seperti yang selalu diungkapkan, Islam adalah agama yang paling banyak disalah tafsirkan, bukan sahaja oleh orang bukan Islam…. tetapi oleh orang Islam sendiri. Di Jepun, di Malaysia atau di mana sahaja, Islam sering disalah tafsirkan. Namun jangan pesimis atau kecewa. Itu bermakna peluang dan ruang untuk dakwah sentiasa terbuka!!

20 Zulkaedah 1431 H

Teguran Itu Penting Dalam Kehidupan


"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.

Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?

Ingat..

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 4 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

sumber: iluvislam

Di sini juga, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Sanah Helwah ya Zamilah!" kepada Nurul yang sudah kekeringan air mata. :D

Tidak dilupakan juga junior kami, Farhah dan Ain Shamsul Azhar. Semoga umur kalian diberkati Allah..

6 Zulkaedah 1431 H

Apa Bahagian Tubuh Paling Bererti?


Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting.

Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.

Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu."

Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."

Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar.

Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita."

Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku."

Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis.

Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis.

Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datok.

Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?"

Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup".

Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa.

Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."

Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata.

Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."

Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?"

Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.

Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis.

Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila- bila pun kamu memerlukannya."

Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri.

Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan.

Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.

Tetapi, orang tidak akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.

Just because the past is painful, Doesn't mean the future will be. So never let events from the past,

Change the events for future, or You will be miserable forever…

sumber: iluvislam

19 Syawal 1431 H

Takziah diucapkan


Takziah diucapkan kepada
anak cikgu Husin,
Akh Luqman Hakim (19 tahun, ex-al amin)
yang masih berada di hospital
akibat kemalangan motosikal selepas maghrib semalam

Dan juga kepada Allahyarham Akh Naim
yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam
dalam perjalanan ke hospital
akibat kemalangan tersebut.

Semoga rohnya ditempatkan bersama
roh orang-orang yang beriman.
Semoga keluarganya tabah dalam
menempuh ujian ini.
Al-Fatihah...

15 Syawal 1431 H

Semoga Selamat!



Kepada abang-abang dan kakak-kakak
(Akh Munzir, Akh Mu'az, Ukhti Afifah dan Ukhti Humaira')
yang akan berangkat ke Mesir esok,
semoga segala-galanya berjalan lancar
dan selamat sampai.
Semoga kalian mencapai matlamat kalian
dan mendapat mardhatillah
dalam mencari ilmuNya.

9 Syawal 1431 H

eidul fitri


salam..
p/s : jangan makan banyak2 ...
jangan lupa puasa 6 di bulan syawal..
main mercun tu berpada2 kang,nanti ada yg x dpt nak menulis...
akhir kata : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ,MAAF ZAHIR DAN BATIN..
segala kesalahan dan kebudak-budakan kami harap dimaafin..

Antara Ibadat & Adat Puasa


ADAT
  • Puasa baru sahaja bermula tetapi hari raya pula yang diuar-uarkan sehingga suasana Ramadhan tenggelam dek promosi raya.

  • Lebih kepada pengisian juadah berbuka seumpama pesta makanan.

  • Pada awal Ramadhan, surau dan masjid penuh tetapi bilangan jemaah semakin berkurangan hari demi hari.

  • Sibuk membuat persiapan hari raya dengan membeli belah dan membuat kuih raya pada akhir Ramadhan. Bunyi mercun dan percikan bunga api mengalahkan sambutan Tahun Baru Cina. Surau dan masjid semakin lengang.

  • Syawal menjadi bulan merdeka daripada kekangan nafsu. Ada yang mengadakan pesta semahu-mahunya. Halal dan haram bercampur dek kemeriahan raya. Roh Ramadhan tenggelam dalam sekelip mata.
Puasa itu perisai dan sedekah itu memadamkan dosa sepertimana air memadamkan api.
(Al-Hadith)

IBADAT

  • Mewujudkan suasana beribadah di bulan Ramadhan dengan pelbagai tawaran dari Allah.

  • Lebih tertumpu kepada tarbiyyah ruhiyyah dengan melatih jiwa dan mendidik nafsu.

  • Melaksanakan solat terawih dengan mengimarahkannya di surau dan masjid.

  • Menyibukkan diri dengan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan bagi mencari Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

  • Berasa sedih akan pemergian Ramadhan dan Syawal disambut sebagai tanda kemenangan mengekang hawa nafsu dan insan telah kembali kepada fitrah.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah dan amal ibadatnya dilipat gandakan."

Jadi, fikir-fikirkanlah, samada kita berpuasa sebagai satu ibadah atau hanyalah adat semata-mata...

sumber: ghariib.blogspot.com

26 Ramadhan 1431 H

Cintaku Pada Ramadhan


Wahai hatiku,
Ramadhan sudah menjelang...
Di fikiran jelas terbayang,
Akan keseronokan menyambut Ramadhan...



Wahai Ramadhan,
Betapa bersyukurnya aku...
Kau telah datang menghampiri,
Membawa berita gembira,
Untuk kami penduduk bumi...


Wahai Hatiku,Tahun ini aku janji...
Masjid akan ku jejaki,
Takkan ku tinggalkan walau sehari...
Moga dengan izin Illahi,
Lailatul Qadar dapat ku dakapi...


Wahai Ramadhan,
Bulan penuh keindahan,
Bulan penuh pengorbanan...
Semoga dosaku yang silam...
Dapat diampunkan...


Wahai Ramadhan,
Sebulan berjalan waktu..
Tanpa ragu-ragu..
Ramadhan yang ku tunggu..
Kini akan membawa aku..
Menemui cintaku Yang Satu..


Ramadhan ini yang sudah beransur pergi,
Pasti akan ku tangisi,
Semoga..
Cintaku pada Pencipta..
Kekal setiap hari,
Bukan hanya sepanjang ramadhan ini..




sumber: iluvislam.com

20 Ramadhan 1431 H

Keputusan Pilihanraya AMTMPP 10/11


Alhamdulillah, sesi pilihanraya sudah tamat. Inilah barisan-barisan AMT 10/11:

AHMAD MUJAHID MAZLAN
IZZAT ANUAR
MUHAMMAD SYAHIRAN NAZIR AHMAD
AHMAD ANAS WAN MOHD MUZANI
MARSHA ABDUL MALIK
ROBIATUL ADAWIYAH ZULKIFLI
SITI FATIMAH ABDUL RAHIM

Semoga kalian dapat melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya, memantapkan lagi institusi sekolah dan seterusnya menghidupkan semula bi'ah solehah di sekolah Al-Amin khususnya, InsyaAllah.

Walaupun begitu, bukanlah bermakna hanya mereka bertujuh sahaja adalah pemimpin. Sebaliknya, kita semua adalah pemimpin, ada tanggungjawab yang tersendiri, ada amanah yang perlu dipikul, dilaksanakan. Walaupun mereka dipilih sebagai AMT, tetapi kitalah yang menjadi penyokong-penyokong di belakang mereka.

MPP10/11 form 4 pula ialah,
  1. MUHD MUS'AB
  2. AFIF ALIYANA

Keputusan ini semuanya Allah dah tetapkan. Perancangan Allah itulah yang terbaik.

"Kullukum Ra'in Wa Kullu Ra'in Mas'ulun 'An Ra'iyyatihi"
-Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya.-

"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." (yunus:62)

"Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik utk kamu dan boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu sedangkan ia baik utk kamu." (Q:2:216)

Pagi tadi, calon2 AMT memberi ucapan terakhir di perhimpunan sebelum pilihanraya.


baca luahan hati seorang AMT...

3 Ramadhan 1431 H

Pencalonan AMT MPP...


salam... Pada selasa lepas, AMTMPP sesi 09-10 telah dibubarkan. Jadi, pemilihan 12 orang calon AMTMPP 10-11 telah dilakukan oleh semua pelajar. Antara calon AMT,

BANIN :

  1. AHMAD MUJAHID
  2. IZZAT ANUAR
  3. MUHAMMAD SYAHIRAN
  4. SYAFIQ AKRAM
  5. IKMAL HAZIQ
  6. MUHAMMAD ANAS
BANAT:
  1. MARDHIYYAH
  2. MARSHA
  3. ROBIATUL ADAWIYAH
  4. SITI FATIMAH
  5. WAFAA'
  6. MUTMAINNAH

CALON MPP BAGI FORM 4:

  • MUS'AB
  • ASAKIR
  • IZZAH NASIRAH
  • AFIF ALIYANA
Tempoh berkempen hanyalah 3 hari. Amat terhad masa yg diberikan berbanding tahun2 lepas tapi, PILIHLAH YANG TERBAIK YANG DAPAT MEMIMPIN KITA KE ARAH YG LEBIH BAIK, YANG DAPAT MENGHIDUPKAN SEMULA BUDAYA Al-AMIN YG KIAN LUNTUR.

"Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik utk kamu dan boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu sedangkan ia baik utk kamu." (Q:2:216)

InsyaAllah pasti akan ada perubahan besar!

1 Ramadhan 1431H

Corrosive


Alhamdulillah, sekarang banin kelas kami semakin rajin dalam bab mengemas kawasan mereka dalam kelas. Semalam, masuk-masuk kelas, nampak kerusi mereka semua diangkat ke atas meja. Rupa-rupanya menyapu kelas. Bagusnya! Bersih sangat!

Tapi,
hari ini, tak nampak banin menyapu kelas. Oh ye, tangan mereka sakit hari ini. Takpe lah, hari ni, banat sapukan satu kelas.

Kenapa ana kata tangan diorang sakit?
Eh, lupa pula tajuk atas tu.

Alkisahnya.....
Waktu kimia, kami belajar tentang electrochemical series. Banin buat satu eksperimen, banat pun buat satu eksperimen, eksperimen yang berlainan. Bila dapat solution tu, tanya muallimah,

"Bahaya tak muallimah? Solution apa ni?"
"Tak, tak bahaya. Ni, nama dia, Argentum Nitrate."

Kami dengar tak bahaya, kami tak kisahlah kalau kena sikit-sikit pada tangan kami. Kan tak bahaya katanya. Macam mana entah, test tube kami tak diisi dengan penuh. Tapi, kami tak cuba pula untuk penuhkannya sebab kami dah ulangnya untuk kali kedua. Ingatkan ia tidak mempengaruhi eksperimen.

Kemudian, muallimah suruh banin tolong buat yang banat punya sampai penuh test tube tu. Banin pun buatlah dengan penuh semangatnya. Sekali, tertumpah. Yang kami nampak, Hanifuddin dia sapu, lap guna tangan dia je. Tangan banin-banin yang lain ada juga kena solution ni, tapi macam tak kisah sebab muallimah kata tak corrosive.

Dipendekkan cerita, bila dah siap pasang apparatus tersebut, ada banin tanya lagi sekali,

"Pedihnya, muallimah, betul tak benda ni tak corrosive?"
"A'ah, benda ni tak corrosive. (Fikir) Eh, benda ni corrosivelah..corrosive, cepat-cepat basuh tangan siapa yang dah kena tu!"

Kami hanya melihat dan mendengar sahaja kekalutan mereka. Banin kata jadi warna birulah, tu lah, ni lah. Kami yang duduk di belakang teringin nak tengok rupa tangan bila dah kena Argentum Nitrate. Tak lama kemudian, teruskan sikit lagi waktu pembelajaran kami. Tengah-tengah belajar, Afif main tangan ana. Ana terperasan sesuatu pada tangan ana.

"Eh, sejak bila pula ada ketuat dekat sini nih? (monolog) Eh, kat atas ni lagi banyak. Afif-afif, tengok ni. Eh, kat tangan nti pun ada lah. Kita kena juga ke?"
"Tak lah, ni benda lain."
"Tengok tu, kan sama warna dia macam dekat tangan banin tu."
"A'ah laa. Macam mana ni?"
"Marsha, kita pun kena juga lah! (Pusing belakang) Cuba check tangan masing-masing, kita dua orang pun kena jugak."

Beritahu muallimah. Mula-mula 3 orang je. Waktu fizik, banin bawa masuk ais dalam makmal. Letak dekat tangan mereka. Masa ni, ada lagi 4 orang banat yang baru ada tindak balas pada kulit mereka. Waktu aqidah, muallimah Azlinda nak bawa banin-banin ke klinik sebab katanya rasa kebas-kebas. Balik dari klinik, banin bagi sebotol losyen rasanya kepada banat.

Lama juga benda ni mengambil masa untuk hilang sebab logam. Argentum ialah silver dalam bahasa mudahnya. Sementara ini kena bersabarlah. Nampak banin, asyik bawa sorok tangan dalam poket seluar.

Doa-doalah tak ada apa-apa. Semoga cepat sembuh, terutamanya banin.

Banin yang ana tahu, Anwar, Fathi, Hanifuddin, Izzat, Mujahid dan Syafiq.
Banat, Adrina, Afif, Amalina, Sara, Syaza, Syifa' dan Wafaa'.

Banat yang lain tak kena sebab yang lain pegang bateri. Tapi, pelik juga Adrina tak buat apa pun, dia duduk agak jauh daripada bahan-bahan tersebut tapi kena juga. ??? Amalina dengan Syifa' siap main lagi (sebelum tahu benda ni corrosive). Banin pula, bukan semua yang tolong buat ni. Tapi, bila fikir-fikir balik, kalau banat buat betul-betul, mesti tangan banin takkan jadi begitu teruk. Tapi, dah kata benda nak jadi, jadilah. Banat bebanyak minta maaf.Ujian untuk 4 Nasaie, sains tulen. ^_^

Macam-macamlah 4 Nasaie ni.. Ujian mengajar kita!

*Kalau ada banin nak upload gambar tangan, bolehlah. Tangan banat sikit je kena.
Boleh lihat gambar tangan banin di sini.

21 Sya'aban 1431 H

Bersihnya...



Alhamdulillah, setelah ditegur oleh banat, Marsha tentang tahap kebersihan kawasan banin, terbuka hati mereka untuk membersihkan kawasan mereka. Katanya, apa pandangan orang lain kalau tengok kelas ni? Kita kan orang Islam, seharusnya mengambil berat tentang kebersihan.

Terus banin angkat kerusi, menyapu, kemas barang-barang dalam meja dan atas rak kasut. Kedengaran riuh-rendah suara banin. Sekejap-sekejap pergi dekat kipas. Tak apalah kan, sekurang-kurangnya kali ini mereka bekerjasama mengemas kawasan mereka. Tidaklah banat sahaja buat kerja kan.

"First time tahun ni, banin bersungguh-sungguh, bekerjasama kemas kawasan banin."
"Harap-harap berkekalan."
"Ameen.."

Rehat...

Tengok hasilnya bila masuk kelas semula. Memang bersih, cuma barang sahaja yang kurang teratur. Marsha pun suruh Syaza jaga, kalau banin dah datang, beritahu. Sementara itu, Marsha dan Robiatul menyusun kerusi dan mengemas barang-barang atas meja banin sehingga menjadi begini....

selepas barang diatur oleh banat

kan best nak belajar tu

Bila tempat banin dah bersih, tempat banat pula nampak macam tak berapa nak kemas. Banat semua, "Alamak, tempat banat pun kena kemas semulalah." (-_-")

Banin, teruskan amalan ini ya!



13 Sya'aban 1431 H

Kisah Paderi dan Pengembala Kambing


Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang paderi kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Paderi itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh paderi itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati, raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan paderi kristian.

Bermulalah soalan, paderi menunjukkan 1 jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan 2 jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul!

Paderi menunjukkan 2 jari pula dan gembala kambing menunjukkan 5 jari, jawapannya juga betul.

Kemudian, paderi menunjukkan 5 jari, gembala kambing menunjukkan 6 jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Paderi yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi...

Lalu paderi tersenyum puas hati. Paderi mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu paderi menepuk tangan.

Paderi kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul...

Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Paderi itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara paderi dan gembala kambing. Paderi pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk 1 jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, 2 jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)."

"Hamba tunjukkan 2 jari, bermakna adakah rukun islam ada 2? Gembala kambing memberi jawapan, 5. Betullah... Bila hamba tunjukkan 5 jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan 6 jari, sebab rukun iman ada 6."

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut. Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk 1 jari, maknanya dia nak kambing hamba 1. Jadi hamba menjawab, 2 pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk 2 maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab 5 pun boleh. Kemudian dia tunjuk 5, maknanya takkan 5 je...? Oklah hamba boleh bagi 6 pada dia."

"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Lepas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu...walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.

Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.

9 Sya'aban 1431 H

MaUTaDi 2 Datang Lagi...


Photo by Bi'ah

Pengenalan Program MaUTaDi

Ps. Doakan kejayaan program ini! Wamakaru wamakarallah innallaha khairul maakiriin..

3 Sya'aban 1431 H

Kenapa Tudung Labuh?


Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha, penulis novel Seindah Mawar Berduri dan Musafir Syabab Kasih, menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21.

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?”

Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.


Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

Yang Tertutup Itu Indah


Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

Istimewa Bertudung Labuh

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.
.............................................


Sejak kecil, Abah sangat melarang saya memakai tudung tiga segi yang labuhnya sedikit cuma dari bahu. Tapi kerana biah saya di MRSM yang mewajahkan tudung labuh sebagai jumud, saya protes.

Saya mula bertudung labuh dengan kerelaan sendiri sejak mendaftarkan diri ke Matrikulasi pada 15 Mei 2006. Dimulakan dengan tudung empat segi bidang 60.

Kenapa saya melabuhkan tudung?

Saya takut melihat iklan-iklan dan tayangan di televisyen tentang mahasiswi di IPT. Pakaian ketat, pergaulan bebas. Itulah bayangan saya tentang universiti.

Jesteru, saya mahu tudung menjadi perisai diri, secara tidak langsung sebagai tanda 'Hey, treat me like a proper muslimah!'

Tudung Sebagai Pelindung

Boleh kata setiap hujung minggu saya perlu keluar ke negeri-negeri lain sewaktu menuntut dulu. Pasti, kenderaan awam seperti bas dan keretapi akan saya guna.

Tudung labuh bulat akan saya kenakan bila bermusafir dengan kenderaan awam. Ia banyak menyelamatkan saya.

Dalam bas atau keretapi, selalunya lelaki tak akan duduk disebelah saya. Yang peliknya, dia boleh selamba duduk dengan perempuan lain. Mungkin dia segan pada penampilan saya. Alhamdulillah, selamat.

Kalau naik keretapi waktu puncak di KL Sentral atau lebih lagi di Bank Negara, saya tak risau dihimpit lelaki. Ramai yang akan beri ruang kepada saya, dan mereka tak berani untuk merapat. Alhamdulillah, selamat!

Tudung Labuh Sebagai Pemberi Hormat

Percaya atau tidak, saya dan rakan-rakan pernah diberi tempat duduk di dalam keretapi, hanya kerana kami bertudung labuh dan berjubah, sedangkan lebih ramai manusia sedang berdiri.

Bila membeli belah, peniaga akan menjaga tangan mereka sewaktu menghulurkan wang baki. Lucu juga, tapi itulah tandanya dia hormat.

Tudung Labuh Sebagai Warden

Satu hal saya perasan, pakaian akan mengawal tingkah laku saya. Bila saya memakai T-Shirt dan seluar, saya suka berlagak lelaki. Hatta di dalam rumah sekali pun.

Tapi bila memaki tudung labuh, berjubah atau baju kurung, saya rasa lebih feminin. Langkah saya lebih terjaga, tidak melompat ke sana ke mari.

Ya, tidak dinafikan ada sahaja sebilangan bertudung labuh yang akhlaqnya lebih teruk dari yang tidak bertudung. Tapi sekurangnya dia berani untuk bermujahadah dengan persepsi orang terhadapnya, sekurangnya dia telah selesai bahagian auratnya.

Moga tindak tanduk kita semuanya digerakkan oleh Allah.

26 Rejab 1431 H

Anti-Hadith


* post ni dicopy daripada sempai (senior) kami..boleh terus ke laman beliau. M I Ghariib


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Satu kisah pengalaman yang dikongsi oleh seorang Ustaz.

Dalam satu kursus, Ustaz ini diajukan soalan oleh seorang wanita.
"Assalamualaikum Ustaz."
"Waalaikumussalam."

"Ustaz, saya solat senang saja Ustaz!"
"Macam mana tu?"
"Saya solat, menghadap kiblat, kemudian rukuk, lepas tu sujud. Habis."
"Habis tu baca apa?"
"Tak payah baca apa-apa. Lepas tu, saya solat tiga waktu je Ustaz."

"Masya-Allah, mana sah solat begitu?"
"Saya ikut Quran Ustaz. Dalam Quran kata, solat menghadap kiblat, rukuk dan sujud sahaja. Tiga waktu je yang Quran sebut. Mana ada Quran suruh baca apa-apa dalam solat."

"La ilaha illallah, kita kena ikut hadith sekali, macam mana Rasulullah buat!"
"Hadith kan susah kita nak tahu sahih tak sahih Ustaz, kalau kita pegang dengan Quran cukuplah Ustaz, Quran tu kan kalamullah, cukuplah al-Quran sahaja. Kita nak beramal kena ada dalil sahih."

Tahulah Ustaz itu dia sedang bercakap dengan salah seorang golongan anti-Hadith. Panjang juga Ustaz itu terdiam.
"Okeylah, Cik, beginilah."
"Apa dia Ustaz?"
"Bila Cik meninggal nanti, Cik minta, jenazah Cik, tak payah diurus, tak payah disolat, tak payah dikebumi. Sebab mana ada ayat Quran cerita cara urus mayat."
Ustaz itu tersenyum puas melihat ekspresi hamba Allah yang bertanya itu.

Penulis sudah lama mendengar tentang golongan anti-Hadith ini sejak sekian lama, tapi baru-baru ini penulis terjumpa sebuah buku yang ayah penulis dapatkan dari sahabatnya. Rupa-rupanya buku yang diguna golongan anti-Hadith. Nampak macam ilmiah, dengan hujahnya, disokong dengan kajiannya, dengan teori yang bukan calang-calang, Bahasa Inggeris lagi, tetapi bila ia menyokong idea yang batil, maka batillah ia.

Risau penulis memikirkan masyarakat kita yang cetek pengetahuan agama. Sedang tujuan hidup di muka Bumi pun ramai tak tahu, inikan pula disua dengan hujah-hujah yang nampak macam bijak padahal memperbodohkan.

Okey, cuba fikirkan. Tahukah anda, yang Bulan tercipta dari keju? Apa? Tak mungkin? Apa bukti anda kata yang Bulan itu tidak diperbuat daripada keju? Ada bukti saintifik? Apa? Manusia pernah ke Bulan? Semua orang tahu misi Apollo tu penipuan Amerika Syarikat. Mereka sembunyikan fakta ini agar pengetahuan sains yang mereka percaya selama ini tidak diperbodohkan. Ia satu konspirasi. Malah, perbandingan foto menunjukkan persamaan menakjubkan antara keju yang berlubang-lubang dengan permukaan Bulan. Jumlah albedo (tahap pemantulan cahaya) juga sama, iaitu 0.39, membuktikan yang Bulan itu terdiri daripada keju Parmesan. Warna keputihan itu pula akibat terdedah dalam suasana vakum selama berbillion tahun.

Nah, anda faham? Jika anda jahil, rasa-rasanya hujah di atas meyakinkan tidak? Mungkin anda akan mengatakan mungkin juga Bulan itu terdiri daripada keju. Ini satu perenggan. Jika sebuah buku?

Itulah serangan pemikiran.

Berbalik kepada soal anti-Hadith di atas, jika Hadith tidak dijadikan sumber panduan, apa gunanya Rasulullah diutuskan?

Apa gunanya Imam Bukhari mengumpul hadith, di mana sebelum hadith itu diiktirafnya sebagai hadith sahih mutawatir,

beliau memastikan hadith itu diriwayatkan sekurang-kurangnya 3 orang sahabat,

diriwayatkan dari setiap sahabat, sekurang-kurangnya perlu 3 orang tabi'in setiap sahabat,

yang mana para tabi'in ini tidak saling bertemu antara satu sama lain,

dan dari setiap tabi'in perlu ada sekurang-kurangnya 3 orang tabi' tabi'in yang meriwayatkannya,

di mana kesemua 39 orang yang disebutkan (sahabat, tabi'in, tabi'tabi'in) semuanya boleh dipercayai, tidak pernah berbohong dalam meriwayatkan hadith.

Perbuatan dalam solat juga disebut dalam hadith, seperti mana yang dilakukan Rasul SAW, disaksikan oleh para sahabat, dan direkodkan dalam puluhan, bahkan ratusan hadith secara terperinci. Tetapi hal ini dipertikai mereka yang jahil tanpa bukti. Maka jauhlah mereka daripada cara rasul SAW. Kalau mereka kata hadith-hadith tak boleh dipercayai, habis Rasul SAW solat macam mana? 3 waktu sehari? Rukuk sujud sahaja?

Kalau tidak, adakah mereka mendakwa diri mereka lebih betul daripada Rasul SAW?

Inilah hakikat ramai dalam masyarakat kita yang masih cetek ilmu agama tetapi apabila mendengar idea baru yang sensasi, terus mengikut tanpa ilmu atau dalil yang benar. Kemudian merasakan diri mereka benar dan orang lain salah. Pada hal niat sebenar ialah mengikut nafsu dan mencari jalan pintas.

Kalau tidak masakan dakwaan sekarut 'Rasul Melayu' dan 'Kerajaan Langit Ayah Pin' menjadi ikutan ribuan mereka yang mengaku Islam?

Penipuan yang bodoh, jerat yang bodoh, akan menjerat pelanduk yang bodoh. Yang terang lagi bersuluh akan dilanggar oleh yang buta. Itulah sunnatullah.

Maka siapakah yang akan mengambil tanggungjawab mencelikkan ribuan zombi yang buta ini? Sedang yang celik sibuk berbalah mangga atau mempelam, telur atau ayam dulu, maka yang buta terus-menerus ditimpa satu-demi satu kecelakaan sambil meraba-raba.

"Sesungguhnya telah Allah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika mana Dia membangkitkan di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya dan menyucikan (jiwa) mereka dan mengajar mereka (mengenai) kitab dan hikmah, sedangkan sebelumnya mereka dalam kesesatan yang nyata." (Quran, ali-Imran, 3:164)

sumber: Muhammad I Ghariib

20 Rejab 1431 H

CUTI+HOMEWORK


CUTI :
  • SABTU - AHAD : pelajar yg mengambil subjek kimia ada kem kimia di SMIAAK..
  • AHAD : CUTI SEMPENA SUKMA (t-ganu johan)
  • ISNIN : semua pelajar smiaak wajib berpuasa sunat pada hari tersebut bersamaan 15 Rejab 1431H

-------------------------------------------------------------------------------------------------
HOMEWORK :

  • MATHEMATICS : CHAPTER 6 m/s : 74 - 79...( sbb cuti ... jd mlmh (+) ag sampai m/s 90)..
  • B.I(LITERATURE) ... buat presentation pasal tugasan masing2..
BAGI BUDAK P.A ...

  • jgn lupa buat latihan utk buku tunai runcit m/s : 113 ... buat dlm buku log je..nombor 3 dan 4
-bagi pelajar baru mengambil subjek prinsip akaun ni..jgn lupa utk sediakan buku:

+TEKS PRINSIP AKAUN
+TUNAI,LEJAR, JURNAL
+LOG
+TOP GOAL PRINSIP AKAUN

Kenapa Diciptakan Neraka?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum.”

sumber: http://feryco.com/

10 Rejab 1431 H
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Copyright © 20009-2012 Seventh Generation: 2010
Design by aisyah ameelah ghariib